Kelahiran Anakanda Kedua pada 24 Disember 2020
Alhamdulillah, syukur kepada Allah tuhan semesta alam yang dia bersalahan dengan segala yang baharu, Maha suci engkau ya Allah daripada diserupakan dengan makhluk-Mu. Solawat dan Salam yang tinggi kepada Rasul Allah, baginda Nabi Muhammad seutama-utama makhluk, yang termulia dikalangan para manusia, yang padanya dizahirkan sifat-sifat agung yang menunjukkan akan kewujudan Allah, yang padanya tiada sedikit pun aib dan cela, yang padanya terdapat wangian yang terlebih wangi dari bau syurga, yang padanya terzahir segala sifat yang agung, segala kesempurnaan penciptaan terkumpul padanya, yang padanya dimuliakan akan segala yang berdamping dengannya, semoga aku dan keluargaku dihampirkan kepadanya di dunia, akhirat dan di mana sahaja. Telah dilahirkan anak kedua saya, perempuan pada 9 Jamadilawwal 1442 Hijri. bersamaan 24 Disember 2020. Dinamakan Siti Laila binti Mohamad Faiz Omar, Semoga dia dan keturunannya dipelihara Allah akan akidahnya dan sentiasa bersolawat kepada Nabinya. Semoga hid...