Burung berkicau mengundang sawa,
Sawa menyusur menyeru manusia.
Tajamnya gigi tapi tak berbisa,
Pandai membelit kuat pula jerutannya,
Bercorak batik bukanlah lukisan biasa,
Itulah dia ular sawa namanya.
Ular sawa batik made in Batu Maung, Penang.
Panjang 2.30m
Berat 4.72 kg
Jantan
Kepada pemain ular di luar sana, jangan sia-siakan peluang untuk lakukan 'test belit' bila pegang ular.
Biarkan ular tersebut membelit badan anda untuk merasa pengalaman dibelit kuat oleh ular.
Kicauan tersebut menarik minat saya selaku mat curut, lalu saya masuk ke dalam hutan untuk menjejak bunyi burung-burung tersebut.
Setelah tiba di kawasan tersebut, mat curut agak pelik kerana bunyi itu seolah-olah ditujukan pada satu kawasan. Kicauan burung merbah dan murai hitam diselangi bunyi tupai seperti sedang memberi amaran.
Tiba-tiba, 'dusssshhh!', seekor ular terjatuh dari ranting pokok berdekatan dengan mat curut.
Lalu, dengan otak seminit, tanpa fikir panjang mat curut mengambil kesempatan mencekik leher ular tersebut dari bahagian bawah. Kebetulan kedudukan ular tersebut berada di sebelah atas ranting kecil dan matanya tidak menghala ka bawah.
Ular tersebut adalah jenis sawa. Kalau ular tedung, mat curut pun tak berani sangat.
Setelah dapat dipegang kepalanya, dia membelit tangan mat curut termasuk ranting kecil tempat dia menyusur tadi. Kerana mat curut mencekik leher ular termasuk dahan sekali. Hampir 5 minit bergelut, mat curut berjaya membuka jerutan ular, dan bawa dia pulang ke rumah dengan segera.
Sila lah menonton dokumentari ringkas dari saya, selaku khalifah curut tentang ular sawa batik ini.
Sekian, majulah curut dan sawa untuk negara batu maung ini.
No comments:
Post a Comment