Posts

Showing posts from 2015

Anjuran cinta kepada ahlul bait

Image
Cinta 1. Anjuran untuk mencintai Ahlu bait. a. Rasulullah S.A.W bersabda : أدبوا أولادكم على ثلاث خصال : حبّ نبيكم , وحبّ أهل بيته , وقراءة القرآن . Didiklah anak-anakmu atas tiga perkara : Mencintai Nabi kalian, mencintai ahlu baitnya dan membaca alquran. b. Rasulullah S.A.W bersabda : أذكركم الله في أهل بيتي , أذكركم الله في أهل بيتي ¸ أذكركم الله في أهل بيتي Aku ingatkan kalian dalam masalah ahlu baitku, Aku ingatkan kalian dalam masalah ahlu baitku, Aku ingatkan kalian dalam masalah ahlu baitku. c. Imam Ali bin Abi Thalib berkata : أحسن الحسنات حبنا , وأسوأ السيئات بغضنا Sebaik-baiknya kebaikan adalah cinta kepada kami (ahlu bait), dan seburuk-buruknya kejahatan adalah benci kepada kami (ahlu bait). 2. Mencintai ahlu bait berarti mencintai Allah dan Rasul-Nya. a. Rasulullah S.A.W bersabda : أحبوا الله لما يغذوكم من نعمه , وأحبوني لحب الله , واحبّوا أهل بيتي لحبّي Cintailah Allah swt atas nikmat yang dilimpahkan-Nya kepada kalian, cintailah aku berdasarka...

Salahkah aku mencintai ahlul bait?

Image
Sedikit perkongsian ilmu dari Syeikh Nuruddin di ikim fm dengan topiknya salahkah aku mencintai Ahlul Bait. Dalam satu rangkaian riwayat, Nabi ﷺ bersabda menjawab pertanyaan kepada salah seorang sahabat suatu ketika menanyakan kepada Baginda Nabi ﷺ kapan akan berlakunya hari kiamat ? Nabi pun bertanya kepada sahabat yang bertanya itu, Apa yang telah engkau persiapkan untuk hari kiamat? Orang itu menjawab, saya tidak mempersiapkan untuk hari kiamat dengan banyak sembayang,puasa,sedekah selain dari aku cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Maka Rasulullah saw bersabda, “Seseorang itu bersama seorang sang kekasih yang dicintainya." Seseorang akan bersama dengan orang-orang yang dicintainya. Maknanya, kalau kita cinta atlit kita akan bersama mereka, kalau kita cinta artis kita akan bersama bereka, kalau kita cinta seniman juga kita akan bersama mereka, nanti pada hari kiamat waiyyazubillah itu kebersamaan yang tidak menyenangkan. Bahagian yang mempermalukan dan merugika...

Ubat hati

Image
Hubungan Dengan Allah; "Dirikanlah solat, yakni perbaikilah hubungan kamu dengan Allah, mesrakan hubungan kamu dengan Allah سبحانه و تعالى, dekatkan hubungan kamu dengan Allah, ketika susah dan senang, jika tertekan kembali kepada Allah سبحانه و تعالى. Jangan bergantung pada kekuatan diri kamu sendiri. Ada Tuhan yang mengawal, dan memerintah kepada kamu." "Ada Tuhan yang menjadikan musuh itu berjaya menyakiti dan menindas kamu sebagai dugaan daripada Tuhan kepada kamu. Berapa lama Firaun menindas Bani Israel? Cukup lama. Bahkan ramai yang dibunuh. Tapi adakah Allah سبحانه وتعالى perintahkan Nabi Musa عليه السلام angkat senjata kepada Firaun?" "Tidak. Jadi apa suruhan Allah? Allah سبحانه وتعالى berfirman; “Sabarlah, kerana ini bumi milik Allah.” Disuruh sabar. Adakah Mesir itu bukan milik Allah سبحانه وتعالى? Sementara Firaun yang berkuasa di situ. Allah سبحانه وتعالى akan bagi kepada siapa saja yang Dia kehendaki, walaupun Firaun. Tapi adakah Fir...

Lubuk kelah di perak

Image
Lubuk kelah

Program Keilmuan Guru Besar Padepokan

Image
Alhamdulillah, Maha suci Allah, Setinggi kesyukuran yang tak berbelah bagi kepada Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Nya, punyai alam semesta, tidak beranak dan tidak pula diperanakan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallahu alaihi wasalam, sebaik2 ciptaan dan seindah-indah akhlak.juga kepada isteri-isteri dan keturunan baginda. Selawat dan salam ke atas mereka, kepada para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan para ulama yang mengikuti baginda di atas landasan akidah yg benar iaitu akidah asyairah dan maaturidiyyah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kurnia kepada umat akhir yang masih kuat berpegang kepada rantaian akidah ini dan semoga kalian kuat menggigitnya. Sama-sama kita berbaik sangka kepada seluruh umat manusia dan makhluk yang lain di dalam meniti sisa perjalanan hidup ini walaupun di hadapan kita ada kemungkaran yang belum pasti kesahehannya. Dan jikalau pasti sekalipun, gunakanlah jalan yang sebaik-baiknya, jangan bern...

Rahsia Ilmu Gerak Laksmana Ilmu Cuca {TERCA}

Image
Bismillahirahmanirahim.. “Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu Utusan Allah..” Assalamualaikum w.b.t.. Artikel dari blog :  klik_sini Ilmu  Usul(cuca) atau mengenal asal usul telah lama diamalkan oleh pendekar pendekar terbilang pada masa dahulu.Mereka menumpulkan senjata dengan kaedah memujuk secara lisan dan batin,tanpa bantuan jin,mantera,jampiserapah .Nak bukti jumpa datok kita buktikan depan mata.Sebenarnya salah satu pengalaman datok hampir dipatuk seekor ular tedong semasa pergi merawat seorang pesakit seekor ular tedung betul betul berada didepan datok dengan syahadah  sekali datok terus pujuk ular dan beritahu ular tersebut jika dia patuk datok datok akan dakwa dia diakhirat,terus ular tu cabut lari padahal betul betul berada dekat kaki datok dan bersiap sedia untuk mematuk datok.Kaedah yang sama bila kita nak bagi senjata itu tumpul secara batin zahirnya tajam batinyya tumpul .Peluru,logam,keris ,ular,harimau ke semua makhluk Tuhan yan...

Batu Gigi Petir

Image
Batu gigi petir. Alkisah, batu ini selalu dikaitkan dengan senjata malaikat ketika melontar iblis yang tak putus2 mencuri berita langit.. Jika batu ini masih elok, malaikat akan ambilnya kembali.. Jika sudah pecah atau rosak, malaikat akan tinggalkannya.. Wallahu a'lam.. Nak dikata batu hasil dari panahan petir terkena batu di bumi, macam x logik.. Sebab bentuknya cantik macam gigi kacip atau berbentuk kapak.. Sudah pasti batu yg terkena panahan petir rupanya x selincin batu ni atau mustahil kesan panahan petir akan menyebabkn batu menjadi bentuk kapak mcm ni . Nak dikata batu meteor@ taik bintang pun macam mustahil.. Saya dah google dan ini salah satu bentuk taik bintang: Jadi, kalau nak dikata ia kapak purba@kapak zaman batu, pon mustahil jugak..  Sebab nak buat permukaan licin kat atas batu tu mesti kena guna mesin logam. Lagipon, kawasan jumpa batu bukannya kawasan tamadun lama.. Hanya asalnya mungkin tempat hutan atau dahulunya das...

Insyaallah akan sertai dalam masa terdekat ni

Image

seni berlian - senjata terakhir seorang pendekar

Image
Artikel ini saya copy-pasta dari blog seseorang: " Salam... Saya ingin berkongsi pengalaman hidup saya semasa di sekolah menengah tahun 2005. Sy ni dulu seorang yang minat pasai silat2 ni.. Sy juga minat cari kebatinan silat.. Dalam 2,3 hari ni, sy google pasai seni berlian, youtube, sy xjumpa pn penerangan2 pasai seni lian ni.. Semuanya nak berahsia.. Contohnya  link ni Buat pa nak rahsia, nnt mati abes hilang rahsia kalau xcerita... Semalam sy kemas2 buku2 lama.. Sy terjumpak catatan lama saya... Ilmu ni sy amik dari seorang guru silat gayong malaysia, namanya Pakcik Zakaria, semasa saya joen tabligh keluar berdakwah di masjid sungai cincin, gombak.. Sy suka bersembang ngn org tua.. Org tua sayang kt saya, mcm2 nak diberinya... Dlm masa 3 hari sy belajar, dia trus ijazahkan dan suruh balik buat seperti yg disuruh dlm catatan.. Buat masa bulan mengambang malam dgn bacaan tertentu.. Gerakan seni berlian dlm catitan tersebut beserta beberapa b...