Assalamualaikum warga Blog Curut. dah lama tak update. ALHAMDULILLAH, Mat curut baru menghirup nafas lega setelah berbulan-bulan dizahirkan akan dugaan. Tujuan sy menulis sedikit pengalaman ini supaya dapat membantu sedikit sebanyak ibu bapa yang mengalami PPROM. Semasa sy sedang menghadapinya, sy buntu dan tak ada panduan untuk mengetahui, mengharungi dan membuat keputusan untuk hari² yg mendatang sepanjang kehamilan siti sy yg kena PPROM. Sy harap, dgn secebis pengalaman yg x seberapa ini, dpt membantu ibu bapa yg senasib dgn kami. Segala istilah² dalam ini adalah dari pengalaman sy sendiri. Sy mohon maaf jika istilah akan datang menyalahi istilah yg digunakan dalam perubatan dan sebagainya. Kerana sy bukan ahli dlm bidang perubatan, cuma sy cerita pengalaman sahaja. Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam yang sentiasa menzahirkan akan segala kehendakNya yang telah ditakdirkan sejak tiada mula. Alhamdulillah, setelah berlalunya bulan-bulan kegelisahan bu...