Ubat hati
Hubungan Dengan Allah; "Dirikanlah solat, yakni perbaikilah hubungan kamu dengan Allah, mesrakan hubungan kamu dengan Allah سبحانه و تعالى, dekatkan hubungan kamu dengan Allah, ketika susah dan senang, jika tertekan kembali kepada Allah سبحانه و تعالى. Jangan bergantung pada kekuatan diri kamu sendiri. Ada Tuhan yang mengawal, dan memerintah kepada kamu." "Ada Tuhan yang menjadikan musuh itu berjaya menyakiti dan menindas kamu sebagai dugaan daripada Tuhan kepada kamu. Berapa lama Firaun menindas Bani Israel? Cukup lama. Bahkan ramai yang dibunuh. Tapi adakah Allah سبحانه وتعالى perintahkan Nabi Musa عليه السلام angkat senjata kepada Firaun?" "Tidak. Jadi apa suruhan Allah? Allah سبحانه وتعالى berfirman; “Sabarlah, kerana ini bumi milik Allah.” Disuruh sabar. Adakah Mesir itu bukan milik Allah سبحانه وتعالى? Sementara Firaun yang berkuasa di situ. Allah سبحانه وتعالى akan bagi kepada siapa saja yang Dia kehendaki, walaupun Firaun. Tapi adakah Fir...