Ular Sawa Batik @ Python
Burung berkicau mengundang sawa, Sawa menyusur menyeru manusia. Tajamnya gigi tapi tak berbisa, Pandai membelit kuat pula jerutannya, Bercorak batik bukanlah lukisan biasa, Itulah dia ular sawa namanya. Ular sawa batik made in Batu Maung, Penang. Panjang 2.30m Berat 4.72 kg Jantan Kepada pemain ular di luar sana, jangan sia-siakan peluang untuk lakukan 'test belit' bila pegang ular. Biarkan ular tersebut membelit badan anda untuk merasa pengalaman dibelit kuat oleh ular. Saya bersama bapa mertua yang bercitarasa sama seperti saya di dalam arena pementasan ular ini Pada 22/8/20, dalam lingkungan jam 7 pagi, kedengaran kicauan burung yang pelbagai di kawasan hutan tepi rumah. Kicauan tersebut menarik minat saya selaku mat curut, lalu saya masuk ke dalam hutan untuk menjejak bunyi burung-burung tersebut. Setelah tiba di kawasan tersebut, mat curut agak pelik kerana bunyi itu seolah-olah ditujukan pada satu kawasan. Kicauan burung merbah dan murai hitam diselangi bunyi tupai sepe...