Posts

Showing posts from 2014

mat curut bertemu sahabat lama

Image
Penulis tersempak dengan rakan lama yg dah lama x jumpa.. Nama si baju hitham: zack Besday : 19-10-1988 Hobi : main farmville & clash of cans Minum kegemaran : teh o Makanan kegemaran : laksa Ucapan : hye, saya zuber.. Selamat berkenalan

tradisi kudapan sireh pinang

Image
Saya penggemar sireh sebagai kudapan bila diperlukan.. Tradisi menyireh ini adalah amalan kudapan turun temurun bangsa melayu yang mempunyai khasiat tersendiri. Arwah mak saya seorang yang amalkan makan sireh. Saya pon suka juga. Tiap2 hari sy menyireh. Termasuk la di ofis pn sy menyireh. Sireh kudapan saya adalah campuran sireh+pinang+kapur+tembakau+buah pelaga+jintan manis... Semua kandungan dalam sireh saya ni berkhasiat, termasuklah tembakau. Kerana sy ambil pada nisbah yang sedikit, maka tembakau tersebut menjadi manfaat. X percaya? Google la khasiat makan tembakau. Hari2 saya makan sireh ni.. Alhamdulillah, sakit sengal2 dada saya dh hilang. Sakit kepala pon lama dh x migrain. Yang penting,nafas mulut jadi wangi.. Saya bertambah yakin untuk berbual dekat2 dengan orang pada jarak yang dekat. Oleh itu, marilah sama2 kita amalkan makan sireh! Majulah sireh untuk negara.

inverter electrofish strum setrum karan ikan elektrik

Image
Harini hajat nk buat karan ikan tercapai. 4 bulan lepas buat inverter sendiri tak jadi sebab transformer step up x match dengan circuit. Tadi beli inverter dc to ac  12Vdc-220Vac. Sambung dan test kat ikan puyu.. Ikan pengsan.. Nanti boleh guna inverter ni lat parit nak tangkap puyu, haruan dan lain2..

buah tangan dari korea

Image
Pagi ni officemate sy, WS Chan bagi buah tgn dari korea. Dia bercuti kt sana seminggu lebih. Thank you to Shan.

telaga wakaf Asiahmud

Image
Telaga ini mula diilhamkan oleh penulis pada awal tahun 2014. Ini kerana, penulis ingin memiliki sumber air semulajadi di kawasan rumahnya di kampung parit amarikan, sg batu pantai remis  perak.. Telaga ini dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa kami, Haji Mahmud bin Ahmad... Semoga pahala wakaf mengalir kepada beliau dan kpd Bonda kami, Hajjah Eshah binti Ahmad (Asiah).. Memiliki sumber air tawar semulajadi di dalam tanah sendiri sama ada anak sungai, air bukit, tasik mahupaun telaga akan memberi keyakinan kepada penggunanya kerana telah mengurangkn keberegantungan kepada sumber air dari jabatan bekalan air selama ini. Oleh itu, pada 24 Julai 2014, Bangndak suruh cina backhoe tolak abes belukar di belakang rumah kami.. Suruh dia korek telaga sekali ngn bubuh 4 koq telaga. Lepas korek ngn buh koq, air tak keluar pun.. Pada 25 Julai 2014, penulis bersama syapi'e dan kanak2 sekampung yang lain bekerjasama terjun dalam telaga yang xda ait tu, korek dengan tangan nk pe...

jeti batu maung, memburu siakap bersama wak curut

Image
 1-11-14, wak curut memburu siakap tapi xdapat2 pon.. Sangkut dh siakap, tp terlepas pulak... Xda rezki namanya.. Wak curut kena cover muka.. Takut Hitam.. Hihi Ni org kanan wak Sampai ke malam wak mancing... Hujan pulak tu... Wak basah dalam hujan .. Hewjew Sampai malam wak lepak sini Wak pow sireh kt org burma krja sangkar ikan. Naik pening sireh ni dia bubuh tembakau byk sgt..

cincin perak

Image
31-10-14, harini tempah cincin perak 3 bentuk, saiz 9,11&12 dari zaidi san..  Satu bentuk rm30.. Harga berpatutan.. Mari bersama2 pakai cincin perak

Al-Fatihah kepada Al-marhum Aznan ibni Eshah

Image
~AL-FATIHAH~ Kepada abang saya,  Al-marhum Aznan ibni Eshah Telah kembali ke rahmat Allah yang Maha Agung Pada 19-Oktober-2014 Bersamaan, 24 Zulhijjah 1435 Hijrah 1983-2014 "Semoga Allah merahmati beliau dan semoga Allah memberi syafaat kepada beliau melalui rahmat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, Beliau seorang yang peramah, suka menyambung silaturrahaim, selalu menggembirakan kanak-kanak, sangat menghormati ibu bapanya, suka ziarah kaum kerabatnya dan banyak lagi kebaikan yang al-marhum telah sebarkan" "Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kita akan dikembalikan kepada-Nya" ~Amiin~

nasib anak nelayan

Image
Penulis melawat pusat kraftangan nelayan di kampung sungai batu. sempat juga merakam gambar seorang nelayan perempuan sedang mengait pukat. Alia sedang menggunakan kemahirannya membuat pukat untuk para nelayan Penulis sangat simpati kepada beliau.. Kecik2 lagi dah bekerja untuk menampung pendapatan keluarganya Pukat yang masih belum siap Penulis ingin menyeru pembaca di luar sana untuk tampil membantu adik alia yang terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasik. Kepada sesiapa yang ingin menderma, boleh lah hubungi nombor ini, 0185760195.

selamat hari raya aidil adha

Image
Selamat hari raya aidil adha Selamat menyambut hari curut dan hari raya aidil adha Dgn ingatan tulus mulus dari: 

luangkan masa bersama gelandangan

Image
3/10/14, Penang- kaum gelandangan? Apa itu? Mereka adalah yang tak punya tempat tinggal.. Hidup bertaburan di kaki lima, bawah jejantas, bawah pokok, atas pokok, celah2 bangunan dan lain2 tempat yang dikira selamat untuk bermalam. Penulis meluangkan masa bersama gelandangan di sekitar kampung Binjai, penang... Masyarakat yang tiada rumah, tiada tempat tinggal... Hidup mereka sehelai sepinggang.. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... Penulis cuba merasai sendiri pengalaman hidup sebagai masyarakat jalanan.. Mereka menjala sendiri, hasil tangkapan sebagai habuan makan malam nanti Makan malam mereka hanya ikan belanak bakar Tiba-tiba, hujan.. Terpaksa berpayung di atas unggun api untuk selamatkan makanan malam mereka yg belum masak sepenuhnya... Kesian 'Goldbar 999.99%' yg hampir siap dimasak. Tebal sungguh kunyit yg dilumur pada ikan belanak tersebut. Ish3.... penulis pon nak rasa kesedapan goldbar 999 yg telah siap d...

the final battle (mat curut vs abe Jedi)

Image
Perlawanan akhir antara mat curut dengan abe jedi. Sangat sengit. Mari kita sama2 saksikannya! SEDIA!!! SERANG!! YG MENANG JADI ABE credit: komik dragon ballzzz Sila klik  link ini  untuk cerita asal

menjala sambil mencurut

Image
Sabtu, 27-9-14, Sungai Bayan Lepas: Wak curut bersama rakannya, Abe Jedi pergi menjala mencari ikan sungai.. Di samping itu, Wak curut yg merupakan seorang nelayan berhasrat berkongsi skill menjala kepada abe jedi yg merupakan seorang pemanjat pokok kelapa. Abe Jedi berjaya menguasai teknik menebar jala dengan penuh bergaya Skill Wak curut tebar jala. Guna skill 4T 1. Tinjau  2. Tebar 3. Tarik 4. Tanggung Tiba2 wak tergelincir la pulak.. Oops..!! terjatuh la pulak.  Trus tak jadi skill 'Tanggung'.. Jd 'Terung' ada la..hihi Hasil memuaskan. Nampak macam ikan lampam.. Tp ni ikan tebai sisik. Ikan ubi Berkelah jap... Pekena nasik lemak IB (ikan&bilis) Org Tempatan Sumber: Majalah Pancing bulan oktober 2014 Sila klik  link ini  untuk cerita selanjutnya

sepetang di laut binjai bersama mat curut

Image
20-sept-14, sabtu- kampung binjai, mat curut amik angin di kg binjai.. Seperti biasa, mat curut lepak2 ngn penduduk setempat.. Di muara sungai binjai meriah sekali dengan org kampung berpesta mencari siput, kepah lendir dan siput kemudi. Hujung belah kanan muara sungai sana depa dok cari siput. side kiri kampung binjai Hujung belah kiri muara depa pn ada cari jgk. Side sana kampung matang lama Kat sini bleh tengok kapal terbang landing dgn 'kapal laut' belayar Ain & Air asia Kawan mat curut, fatin, niesya ngn paeh Dok tengok apa tu tak tau laaa Mat curut terjumpak belut terdampar tepi pantai. Agaknya belut ni terhanyut dari sungai binjai terus ke laut. Lepas tu dia fenin2  macam kena curut sepam sebab kena air masin. Terdampar kt pantai. Mat curut jumpak, bawak balik nak bela. Hihihi Mat curut menyimpulkan bahawa kampung binjai masih lagi bersuasana nelayan. Mari la melancong ke kampung ni. Dot merah tu m...