Tuesday, April 14, 2020

Merdeka dari cengkaman Jin dan hantu





'Di dalam medan atau gelanggang perbahasan ilmu, samaada dalam bentuk percakapan, penulisan mahupun perbuatan, tiada masaalah untuk berbahas dengan pelbagai kaedah di dalam menyampaikan sesuatu perkara, termasuk lah dengan nada yang seolah2 mengeji, meninggi diri, bertikam lidah mahupun memuji'.

Di luar gelanggang, adab perlulah diutamakan. Perlu menjaga hati, merendah diri, bertolak ansur dan menasihati.

Pembaca mungkin akan berbau unsur-unsur riak, ujub mahupun takbur di dalam perbahasan di bawah. tak mengapa, ia hanya berbahas di dalam medan ilmu ini.
Di luar perbahasan ini, insyallah saya akan bertawadhuk.



Assalamualaikum.

sekian berabad lamanya, manusia sering kali berada di dalam ketakutan dengan makhluk jin, hantu atau syaitan.

Adakah ketakutan itu disebabkan oleh wajah hantu tersebut yang berlainan dari mana-mana makhluk di alam realiti ini?

penampilan hantu yang menakutkan? wajah mengerikan? bertaring? berkuku panjang?
ini diantara sebab hantu ditakuti oleh manusia kebanyakannya.

harimau juga bertaring, berkuku panjang. tapi, kena ia tidak ditakuti oleh manusia jika berada di dalam sangkarnya?

jadi, perasaan takut kepada hantu itu, bersifat relatif. Ia bergantung kepada persepsi seseorang individu.

Perasaan takut boleh diubah kepada berani kepada hantu.

di sini saya ingin berkongsi cara, bagaimana untuk menukar perasaan takut menjadi berani melalui kaedah yang berkesan.


1. Memahami aqidah ahlus sunnah wal-jamaah. Dapat membezakan antara Pencipta dan makhluk. Dapat mengenali apakah itu zat dan sifat akan sesuatu perkara yang wujud.
Segala perkara yang terbina daripada unsur jirim, akan mempunyai sifat yang memenuhi ruang. seperti manusia yang dapat dilihat, disentuh dan digerakkan. Seperti air yang boleh mengalir, berjelira di dalam badan manusia. Seperti udara yang bersifat meresap. Seperti api yang bersifat membakar. Sedangkan, Tuhan bukan lah seperti tersebut. Maha Suci Dia dari segala sesuatu.

setelah faham akan ilmu aqidah ahlus sunnah wal-jamaah, maka kita akan dapati, jin dengan manusia sebenarnya, tiada beza dari segi kedua-duanya adalah makhluk yang baharu. Secara hakikatnya, kedua-duanya tidak dapat memberi manfaat, tidak dapat memudharatkan.
Bagi orang islam yang beriman teguh, dia tidak takut jika dihiris oleh senjata tajam. kerana, bukan lah pisau yang melukakan, tetapi Allah lah yang melukakan melalui kerja yang dizahirkan kepada pisau tersebut.
maka, handaklah saya dan rakan pembaca, menguatkan keimanan supaya dapat mencapai keyakinan yang tinggi. Kita tak perlu takut kepada manusia dan jin kerana kedua-duanya tidak boleh memberi manfaat untung atau pun mudharat bahaya dari segi hakikat.
pada masa yang sama, kita perlulah menjaga adab syariat sesama manusia kerana manusia itu zahir pada alam kita.
Dan adab kita kepada jin sudah pasti berbeza dengan adab manusia sesama manusia, walaupun dikalangan jin itu ada yang berakal sihat.

2. Mengenali hakikat kebolehan manusia. Kejadian Manusia ini, terdiri dari pelbagai unsur.
samaada unsur zahir mahupun yang batin. Manusia dihidupkan dengan perantaraan Roh. Roh yang ada pada kita ini, mempunyai kebolehan yang sangat hebat. Dengan mengolah kebolehan roh ini, manusia mampu mengalahkan jin, insyaallah.
Dari sudut lain, boleh menggunakan ayat suci al-quran, solawat mahupun azan untuk menserabut perutkan Jin jahat jika mendengarnya.

3. Memanipulasi keadaan. Jika diibaratkan sebegini. Abu ada jiran bernama Mat. Mat ini selalu datang mengacau anak abu. dia membuatkan anak abu sering terganggu. Mat datang malam-malam ke rumah abu tanpa diundang. Mat melihat aurat isteri abu. sebagai suami yang normal dan bukan dayus, sudah pasti Abu akan marah dan geram akan perbuatan Mat kepada keluarganya. dan, tahap kemarahan abu mungkin akan meluap-luap sehingga membuatkan abu bertindak sewajarnya.

Begitulah hakikat kita dengan jin disekeliling yang kita tak nampak. Ibaratkan Mat itu adalah Jin Jantan. Dia lah punca anak kecil tak boleh tidur malam, dia menzahirkan dirinya kepada anak kecil kita, menakutkan kita. kita jadi letih tak dapat lena. dia duduk di bilik mandi melihat aurat ahli keluarga kita. dia bersembunyi membawa sihir. Bapa atau suami mana yang tak geram jika sedar hal sebegini? Jika Jin betina menggoda suami, menyerupai seseorang wanita cantik di dalam mimpi dan memukau suami untuk suka kepada gadis lain, isteri mana yang tak marah jika keadaan sebegitu? maka, dengan kesedaran sebegini, perasaan TAKUT akan bertukar 100% kepada GERAM kepada bangsa JIN atau HANTU. 
selalulah berfikiran sebegini, insyaallah kita akan tak rasa takut langsung, bahkan rasa geram yang bertempat kepada bangsa JIN yang selalu menyembunyikan diri ini.


Maka, dengan amalkan 3 cara sebegini, kita akan MERDEKA dari cengkaman takut atau gerun kepada Jin dan Hantu.
Insyaallah


-Solawat dan Salam kepada Baginda Nabi Muhammad-



~Majulah Curut untuk Negara~
"Wawasan Curut 2020"

No comments: