Monday, November 13, 2017

Asal Usul Keris Taming Sari







Dahulu kala, ada seorang Petapa, namanya Taming Sari. Beliau sedang bertapa di dalam sebuah gua di kerajaan Majapahit untuk tempoh 40 hari. Pada hari ke-49, datang seruan dari Raja Majapahit, memanggil Taming Sari untuk beradu kekuatan bersama seorang Laksamana di kerajaan Melaka. Oleh kerana tinggal sehari sahaja lagi tempoh pertapaannya untuk lengkap menjadi 40 hari, Taming sari amat kecewa namum titah raja perlu dijunjungnya.

Sepanjang perjalanan, beliau sempat menangkap seekor ular lalu menyepuhnya. Bertukarlah ular tersebut menjadi sebilah keris. Disisipnya keris itu ke pinggangnya sebagai senjata yang akan digunakan di dalam perlawanan di hadapan para sultan nanti. 


Setelah tiba di Istana kerajaan Melaka, Taming Sari merafak sembah akan ketibaannya di hadapan Rajanya dan Sultan Melaka.
Sebelum itu, Raja Majapahit sedang dalam lawatan ke kerajaan Melaka. Di sana, baginda sultan berkenan untuk beradu kekuatan dan kesaktian pahlawanan terhandal di negeri masing-masing. Maka, dipintalah akan sultan melaka, sebagai hiburan dahulu kala, perlawanan antara perajurit adalah hiburan bermaruah. Maka, disebabkan itu lah, Raja Majapahit mengeluarkan titah supaya didatangkan perajurit negerinya, Si Taming Sari untuk hadir ke Melaka untuk beradu kekuatan dengan Laksamana hang Tuah.
Setelah tiba di balai rong seri negeri Melaka, maka bertikam-tikam lah Taming Sari dengan Laksamana hang Tuah sebagai persembahan hiburan Raja-raja. Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kehandalannya di medan perang yang tangkas lagi handal berlawan. Tikaman Taming Sari langsung tidak mengena pada badan Hang Tuah. Manakala, tikaman Hang Tuah pada Taming Sari, tidak lut, tidak dapat menembusi badannya.


Setelah berpenat, mereka berehat. Raja pun pulang. Esok harinya, mereka sambung berlawan lagi di hadapan raja. Perlawanan tersebut berlangsung selama tiga hari. Pada hari ke tiga, semasa berehat, Hang Tuah berfikir, jika berterusan begini, tiada siapa yang akan menang, tiada siapa yang akan kalah. Hang Tuah berfirasat ini adalah kerana hikmat yang terdapat pada keris yang digunakan oleh Taming sari itu yang membuatkannya tak terkalah. Lalu, Hang Tuah mendapat ilham lalu berkata, “wahai Paman, selama tiga hari kita berlawan dan kita sama-sama handal. Apa kata, jika kita gunakan kehandalan kita ini untuk menjadi Raja dengan tidak menderhakai raja asing-masing. Hamba bunuh Raja paman, dan Paman bunuh Sultan hamba. Lalu, kita menjadi sultan.” Taming Sari bersetuju dengan ajakan helah Hang Tuah itu. Maka, sebagai persetujuan, Hang Tuah meminta supaya mereka bertukar keris. Maka, Taming Sari menukar keris yang ada padanya kepada Hang Tuah.


Pucuk dicita, ulam mendatang. Hang Tuah mengajak kembali Taming Sari berlawan setelah bertukar keris. Kehandalan Hang Tuah mengatasi kelantasan Taming sari berlawan. Maka, tertikamlah Taming Sari dengan keris miliknya di tangan Hang Tuah. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Taming Sari bersumpah terhadap kerisnya yang berada di tangan Hang Tuah “ siapa yang mengaku ini kerisnya, maka dia tidak akan selamat!”.


Selepas tamat perlawanan, Raja Majapahit mengakui akan kehandalan Laksamana Kerajaan Melaka. Lalu, Hang Tuah mengembalikan keris milik Taming sari kepada Sultannya. Sumpahan Taming sari tidak diketahui siapa melainkan Hang Tuah.
Sepanjang Hang Tuah memegang keris sakti tersebut, beliau sesekali tidak menisbahkan keris itu miliknya, ini keris Taming Sari, bukan keris ku. Akan tetapi, semasa amukan Hang Jebat, beliau mengakui keris sakti itu adalah miliknya, maka dia terkena sumpahan Taming sari, dia tidak akan selamat!. Terkorban lah Hang Jebat.


Sumber : Arkib Negara




~Majulah Curut untuk Negara~

No comments: