Dipetik dari fb gerbang makrifatullah
Dengan nama Allah...
Keistemewaan Roh
Allah mahu menunjukkan kuasaNya yang Maha Agung itu terhadap Nabi Muhammad SAW, yang mana roh Nur Muhammad itu adalah lebih menguasai daripada fizikalnya. Ia sentiasa ada sejak mula ianya diciptakan. Ia adalah makhluk yang utama diciptakan. Nur Muhammad akan terus menguasai dan akan datang lagi untuk memerintah dunia seluruhnya. Grand design oleh Allah SWT dan Rasul ini adalah percaturan paling licik oleh Allah untuk membuatkan musuh-musuhNya mengalah dan akhirnya menyerah diri kepada kebenaran.
Roh itu bersifat kekal, tidak seperti jasad fizikal yang akan mati dan hancur. Namun jasad para kekasih Allah seperti Rasul, Nabi dan para Wali tidak akan binasa. Ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah.
Roh yang bersih dikurniakan rasa yang tepat atau firasat, Roh kalau sudah terlalu bersih, matanya lebih tajam dariapda mata fizikal atau mata yang ada di muka. Perkara-perkara yang ghaib Allah perlihatkan kepadanyam inilah diktakan Mukasyafatul Qulub ( Kasyaf/pandang tembus).
Kejadian yaqazah antara para wali dan Rasulullah SAW yang menjadi kontroversi di zaman ini adalah sebahagian daripada rahsia alam ghaib. Bila dikatakan alam ghaib, ia tidak termasuk Tuhan. Tuhan juga ghaib tetapi bukannya alam. Tuhan itu tersendiri. Maha suci Tuhan daripada menyerupai sesuatu. Alam adalah apa sahaja selain Tuhan. Alam adalah ciptaan Tuhan dan dinamakan makhluk. Tuhan itu Pencipta atau Khaliq.
Ghaibnya Tuhan tidak sama dengan ghaibnya alam. Alam ghaib ini ada beberapa kategori. Alam yang paling tinggi adalah alam rabbani (alam Tuhan), kedua adalah alam malakut (alam malaikat) dan yang ketiga adalah alam jabarut (alam jin). Malaikat dan jin ada diceritakan di dalam kitab Al-Quran dan hadis. Roh muqaddasah ialah roh manusia yang disucikan. Roh manusia ini apabila mencapai makam tertinggi ia lebih hebat daripada roh malaikat.
Roh yang suci ini peranannya lebih kuat daripada jasad fizikal. Roh suci sentiasa mutassarif atau aktif. Ia lebih aktif daripada fizikalnya. Roh ini kuat semasa hidupnya seperti roh Asif Barhaya yang dapat mengangkat takhta Ratu Balqis. Roh Imam keempat-empat mazhab , roh ulama-ulama muktabar dahulu yang dapat melihat dan bertemu roh Rasulullah SAW. Contoh yang lain seperti roh Yazid Bustami RH yang dapat menggandakan dirinya menjadi banyak ketika berhadapan dengan musuh.
Roh-roh ini jika sudah dikeluarkan daripada jasadnya (meninggal dunia) ia lebih bebas kerana tidak terkurung dalam sarang fizikalnya. Inilah roh-roh muqaddasah yang berperanan dan aktif tetapi tidak disedari manusia. Roh ini yang selalu diceritakan ibarat burung yang sudah lepas daripada sangkarnya. Ia bebas ke mana sahaja tanpa ada sekatan. Jadi, mati bagi orang-orang yang soleh itu ialah permulaan kehidupan. Kehidupan yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang Tuhan sediakan. Roh-roh inilah yang dikatakan sebahagian tentera dari alam ghaib.
Roh Rasulullah SAW mampu untuk datang kepada sesiapa sahaja yang baginda mahu dengan izin Allah. Roh bagindalah yang mengajar melalui ilham yang jatuh ke hati sesiapa yang terpilih. Hakikatnya Rasulullah yang sebenarnya melakukan tugasnya sebagai Nabi akhir zaman untuk menghidupkan agama Islam. Baginda yang melakukan kebangkitan Islam pertama dan juga kebangkitan Islam yang kedua.
Sumber: untuk rujukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment