Tuesday, September 9, 2014

dicium hantu raya



Kisah ini diceritakan oleh lebai omar sewaktu dia berumur 17 tahun. Ketika itu, beliau baru habes spm dan menggangur di kampung halamannya.

Setelah tamat peperiksaan spm tahun 2005, lebai omar mengambil sedikit ilmu yg berkaitan dgn kerohanian..

Setelah pulang kerumah, malam tersebut lebai umar seperti biasa tidur di dalam bilik. Setelah nyenyak tidur, lebai umar bermimpi dicium anak dara.. Beliau jadi semacam asyik seronok layan ciuman mulut anak dara tersebut.

Tiba-tiba, beliau tersedar. Mulutnya masih lagi berasa ciuman. Bila buka sahaja mata, beliau terkejut beruk kerana seekor beruk yg entah dari mana datangnya sedang mencium mulut beliau.

Dengan secara tak sengaja beliau terasa seperti terkeluar angin dari mulutnya dan beruk itu semacam kesakitan setelah terkena angin tersebut, terus terpelanting ke atas dan melompat2 keluar ke celah tingkap.

Kejadian tersebut berlaku demgan pantas. Setelah beberapa ketika, tahulah beliau bahawa beruk itu adalah jelmaan hantu raya datang mengganggunya.

Itu lah cobaan pertama beliau setelah mempelajari kerohanian tersebut.

Menurut pesanan lebai omar, tegur-tegurlah beliau yang selalu saja lalai dalam urusan dunia sehingga kadang2 terlupa bahawa umurnya makin hari makin berkurang. Beliau sentiasa ternanti teguran dan bimbingan dari sesiapa sahaja asalkan dapat mendekatkn diri kpd tuhan.


Lebai Omar Sewaktu habes spm

No comments: