Monday, November 13, 2017

Asal Usul Keris Taming Sari







Dahulu kala, ada seorang Petapa, namanya Taming Sari. Beliau sedang bertapa di dalam sebuah gua di kerajaan Majapahit untuk tempoh 40 hari. Pada hari ke-49, datang seruan dari Raja Majapahit, memanggil Taming Sari untuk beradu kekuatan bersama seorang Laksamana di kerajaan Melaka. Oleh kerana tinggal sehari sahaja lagi tempoh pertapaannya untuk lengkap menjadi 40 hari, Taming sari amat kecewa namum titah raja perlu dijunjungnya.

Sepanjang perjalanan, beliau sempat menangkap seekor ular lalu menyepuhnya. Bertukarlah ular tersebut menjadi sebilah keris. Disisipnya keris itu ke pinggangnya sebagai senjata yang akan digunakan di dalam perlawanan di hadapan para sultan nanti. 


Setelah tiba di Istana kerajaan Melaka, Taming Sari merafak sembah akan ketibaannya di hadapan Rajanya dan Sultan Melaka.
Sebelum itu, Raja Majapahit sedang dalam lawatan ke kerajaan Melaka. Di sana, baginda sultan berkenan untuk beradu kekuatan dan kesaktian pahlawanan terhandal di negeri masing-masing. Maka, dipintalah akan sultan melaka, sebagai hiburan dahulu kala, perlawanan antara perajurit adalah hiburan bermaruah. Maka, disebabkan itu lah, Raja Majapahit mengeluarkan titah supaya didatangkan perajurit negerinya, Si Taming Sari untuk hadir ke Melaka untuk beradu kekuatan dengan Laksamana hang Tuah.
Setelah tiba di balai rong seri negeri Melaka, maka bertikam-tikam lah Taming Sari dengan Laksamana hang Tuah sebagai persembahan hiburan Raja-raja. Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kehandalannya di medan perang yang tangkas lagi handal berlawan. Tikaman Taming Sari langsung tidak mengena pada badan Hang Tuah. Manakala, tikaman Hang Tuah pada Taming Sari, tidak lut, tidak dapat menembusi badannya.


Setelah berpenat, mereka berehat. Raja pun pulang. Esok harinya, mereka sambung berlawan lagi di hadapan raja. Perlawanan tersebut berlangsung selama tiga hari. Pada hari ke tiga, semasa berehat, Hang Tuah berfikir, jika berterusan begini, tiada siapa yang akan menang, tiada siapa yang akan kalah. Hang Tuah berfirasat ini adalah kerana hikmat yang terdapat pada keris yang digunakan oleh Taming sari itu yang membuatkannya tak terkalah. Lalu, Hang Tuah mendapat ilham lalu berkata, “wahai Paman, selama tiga hari kita berlawan dan kita sama-sama handal. Apa kata, jika kita gunakan kehandalan kita ini untuk menjadi Raja dengan tidak menderhakai raja asing-masing. Hamba bunuh Raja paman, dan Paman bunuh Sultan hamba. Lalu, kita menjadi sultan.” Taming Sari bersetuju dengan ajakan helah Hang Tuah itu. Maka, sebagai persetujuan, Hang Tuah meminta supaya mereka bertukar keris. Maka, Taming Sari menukar keris yang ada padanya kepada Hang Tuah.


Pucuk dicita, ulam mendatang. Hang Tuah mengajak kembali Taming Sari berlawan setelah bertukar keris. Kehandalan Hang Tuah mengatasi kelantasan Taming sari berlawan. Maka, tertikamlah Taming Sari dengan keris miliknya di tangan Hang Tuah. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Taming Sari bersumpah terhadap kerisnya yang berada di tangan Hang Tuah “ siapa yang mengaku ini kerisnya, maka dia tidak akan selamat!”.


Selepas tamat perlawanan, Raja Majapahit mengakui akan kehandalan Laksamana Kerajaan Melaka. Lalu, Hang Tuah mengembalikan keris milik Taming sari kepada Sultannya. Sumpahan Taming sari tidak diketahui siapa melainkan Hang Tuah.
Sepanjang Hang Tuah memegang keris sakti tersebut, beliau sesekali tidak menisbahkan keris itu miliknya, ini keris Taming Sari, bukan keris ku. Akan tetapi, semasa amukan Hang Jebat, beliau mengakui keris sakti itu adalah miliknya, maka dia terkena sumpahan Taming sari, dia tidak akan selamat!. Terkorban lah Hang Jebat.


Sumber : Arkib Negara




~Majulah Curut untuk Negara~

Monday, November 6, 2017

Seni silat curut


Admin blog curut merafak setinggi tahneeah kepada


'Mat Curut'


Di atas perlantikan beliau sebagai


"Pemangku Khalifah Silat Curut Peringkat Dunia"



"Saya tidak lah berasa layak untuk menggalas tanggung jawab yang besar ini. Namun begeetu, besar telapak tangan nyiru saya menadahkan dan saya akan tunaikan nya dengan penuh bagai menatang minyak yang penuh" , kata mat curut.






Akher kalam, majulah silat curut untuk negara~






Sumber: Majalah senibela diri edisi terhad muka surat paling depan






Sunday, October 29, 2017

Majelis Anugerah Mat Curut 2017






Mat Curut dengan bangganya,,

..Menganjurkan..


"Majelis Anugerah Mat Curut"



Kepada follower setia Blog Curut




Pengacara Majlis menghiburkan tetamu Mat Curut


ermmm.. sedapnya...


Menu sehingga menjilat jari kaki



Mat Curut bersama para peminatnya..





Akher kalam,
~Majulah Curut untuk negara~
30-Oct-17



Wednesday, October 11, 2017

PENGALAMAN PPROM PECAH KETUBAN 24 MINGGU KEHAMILAN





Assalamualaikum warga Blog Curut. dah lama tak update.

ALHAMDULILLAH, Mat curut baru menghirup nafas lega setelah berbulan-bulan dizahirkan akan dugaan.


Tujuan sy menulis sedikit pengalaman ini supaya dapat membantu sedikit sebanyak ibu bapa yang mengalami PPROM. Semasa sy sedang menghadapinya, sy buntu dan tak ada panduan untuk mengetahui, mengharungi dan membuat keputusan untuk hari² yg mendatang sepanjang kehamilan siti sy yg kena PPROM. Sy harap, dgn secebis pengalaman yg x seberapa ini, dpt membantu ibu bapa yg senasib dgn kami. Segala istilah² dalam ini adalah dari pengalaman sy sendiri. Sy mohon maaf jika istilah akan datang menyalahi istilah yg digunakan dalam perubatan dan sebagainya. Kerana sy bukan ahli dlm bidang perubatan, cuma sy cerita pengalaman sahaja.

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam yang sentiasa menzahirkan akan segala kehendakNya yang telah ditakdirkan sejak tiada mula. Alhamdulillah, setelah berlalunya bulan-bulan kegelisahan buat kami, kini insyaallah sudah mampu menarik nafas lega. Harini, mahmud baru sahaja disahkan bebas jaundis.

Kembali mengimbau kenangan terharu bersama isteri saya, Siti yang secara tiba-tiba 'turun air ketuban' pada minggu ke 24.  Malam tu dalam jam 11pm, 1 julai 2017, sabtu 7 syawal, setelah siti penat mengemas barang (petang tu ada makan2 keluarga sikit kt rumah), dan dia berbaring. Tiba², dia rasa tak selesa pada perut, dan air keluar secara 'sepam-sepam'. Mulanya, Kami tak pasti ya air ketuban atau air kencing. Sy merasa sedikit dgn lidah utk pastikan samaada ianya air kencing masin. Tapi, sebaliknya. Rasanya tawar dan tak hancing.

Sy jadi gelabah dan terus call mak mertua tanya pendapat. Dengan pantas, terus bawa siti ke hospital. Tiba di wad bersalin, sy menunggu dengan penuh debaran. Bemacam² persoalan dan kerisauan dalam hati. Itu kandungan anak sulong sy. Dan, sy jadi kesian kt baby dn dengan penuh harapan agar anak itu selamat. Melihat air muka siti dgn penuh rasa kesian. Sy jadi sebak dalam hati. Nk menagis pun tak keluar air mata takut siti jadi lemah. Bila selesai doktor diagnosis siti, depa bagitau yg air keluar tu memang disahkan air ketuban dan tiada berbaki dah dalam rahim siti saya. Bermakna, air ketuban adalah kosong dan baby dalam perut tanpa bendalir amnion. Lagi lah sayu hati. Kesian kt baby tu.. mesti dia tengah rasa sempit, tertekan dan macam² lagi saya kesian. Siti ditahan mengikut prosedur PPROM iaitu doktor akan pantau selama 10 hari di wad. Kebiasaannya, setelah 10 hari, doktor akan sarankan supaya baby di'induce' keluar walaupn berusia 6 bulan dalam kandungan kerana faktor:

1.kesihatan ibu. Jika punca pecah ketuban adalah disebabkan jangkitan kuman pada baby melalui vagina atau ada jangkitan GBS, kemungkinan akan masuk melalui salur darah ibu. Kuman mungkin akan merebak ke otak ibu. Untuk elakkan ini, dktor akan melakukan prosedur induce.

2.ibu demam, suhu badan naik oleh kerana jangkitan dalam darah. Dktr akan lakukan plan check darah. Jika bacaan darah putih tinggi dan konsisten (bacaan tak turun), dktr akan decide itu adalah jangkitan dan risiko kepada ibu. Prosedur induce akan dijalankan jika keadaan makin teruk.

3. Ada contraction atau pengecutan Rahim dan ada tanda-tanda kelahiran seperti turun darah. Setiap hari dktr akan bertanya soalan yg sama, samaada ada rasa sakit perut tak, atau perut mengeras dengan kerap. Jika ini berlaku, kemungkinan baby nak keluar awal dan doktor akan bantu samaada pemantauan kerap atau induce.



Setelah mendengar nasihat dktr pakar neonatal. "Isteri encik pecah ketuban awal, jika pecah pada usia kandungan 28 minggu atau 7 bulan, baby dah cukup sifat. Dktr akan induce dan seterusnya, baby boleh survive dengan alat bantuan sokongan hidup di hospital wad neonatal. Tapi, kandungan isteri encik berusia 24 minggu atau 6 bulan. Peparu baby masih tak matang dan tiada alat bantuan yang boleh membantu baby untuk survive. Tambahan pula, banyak anggota badan baby tak cukup sifat, seperti jari masih tak terbuka, mata, dan deria yang lain masih tak full develop. Kami akan pantau selama 10 hari di wad dan kemungkinan kandungan isteri encik akan di induce keluar. Setelah baby keluar, kita (pihak dktr) tak akan tolong baby dan baby akan diletakkan di dada ibunya sehingga 'habis'.

Tersentak sy dengar penjelasan pakar tu. Timbul simpati teramat kat baby. Nak cakap macam mana pn tak tau. Susah nak habaq. Baby pon nk hidup. Dia dah ada nyawa kat dalam tu. Kalau dktr induce keluar, kesian la kt dia. Dan sy kesian kt siti, kami sama² berharap dapat zuriat awal, excited teramat bila hari pertama disahkan hamil. Muka siti nampak dia memang nak sangat anak dlm perut tu selamat. Kerisauan bertambah, terkenang, bulan lepas kak sy pon jd kes yg sama. Anak dia 6 bulan tumpah darah, pastu bersalin awal. Anak dia meninggal beberapa minit selepas dilahirkan.

Kemudian, malam tu juga siti masuk wad. Sy balik rumah. Saya tafakkur sat nak betulkn hati. Apa yg berlaku ini adalah soal hidup atau sebaliknya akan baby dlm kandungan dan soal keselamatan bini sy. Setiap yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Pokoknya, hati kita ja samaada nak hadap takdir tu macam mana. Sy mula google segala macam perkara yg berkaitan dgn pprom dan prom ni. Artikel dlm tenet tak banyak memberi panduan keseluruhan. Kerana, kes begini tak selalu berlaku dan kebanyakan kes yg sudah berlaku adalah berakhir dgn negatif. Ada juga satu dua kes yg baby Berjaya survive sampai lahir tapi tak diceritakan bagaimana prosesnya. Hari pertama di wad, pagi tu sebelum pi melawat, mertua sy sediakan raga apa semua untuk simpan barang di wad. Sy bersama ipar, pi cari la segala macam persediaan, bekalan roti apa smua nk bawak pi wad. Siti ditahan di wad bersalin. Sampai ja, tengok muka siti sy, dia ceria dan seperti tak ada apa berlaku. Mungkin dia masih belum tau prosedur sepenuhnya lg. Bila Dr. Pakar datang, dia explain la segala kemungkinan yg boleh terjadi. Depa tak ada ubat spesifik dan rawatan, hanya ada prosedur pemantauan sahaja. Kes pprom ni tak ada ubat mcm demam, tak ada rawatan spesifik mcm pembedahan. Hanya, PEMANTAUAN sehingga 10 hari. Mulanya, dr. cakap nanti lepas 10 hari, depa akan induce anak keluar kalau keadaan baby masih sama (air ketuban tetap kering).

Prosedur (Plan) minggu pertama adalah, darah diambil 2 hari sekali utk cek hb dan wbc (mungkin white blood count). Dan scan perut cek air ketuban setiap hari khamis. Tiap² 4 jam, misi mai check tekanan darah, cek jantung baby guna ultrasound tu, cek suhu badan dan siti sy kena pakai pad untuk tgk leaking. Pad tu, kena tunjuk kt misi bila pi tukar. Nurse rekod kn kuantiti air ketuban yg sentiasa leaking tu. Jangan malu tunjuk pad. Ni soal keselamatan ibu dan baby dalam kandungan! Ada katil sebelah kes sama, tapi malu nak tunjuk pad kt misi. Tiap² hari, dr. akan tanya soalan yg sama, perut ada mengeras? Kalau mengeras, brapa kali dlm seminit? Ada darah x kt pad? Berapa banyak kuantiti air kt pad harini? Ada demam tak? Dan dr. tengok keputusan darah. Dr. akan pegang perut. Sepanjang 10 hari pertama, kebanyakan dr jangkakan negatif terhadap kehamilan siti sy. Depa jangka, lepas 10 hari pasti kandungan kena induce. Sy rasa mungkin rekod kes ni ky hsptl tu sebelum ni adalah negatif. Cara dr bg penjelasan lebih bias kepada sinis walaupn cakap mereka berlapik. Sy sentiasa menasihatkn isteri dan diri sendiri supaya bermuka manis bila berhadapan dgn dktr atau misi sbb depa dok tlg kita. Dktr sntiasa buat yg terbaik. Walupun pada zahirnya, kita rasa macam sebaliknya.

Keputusan ujian darah minggu pertama ni agak negatif, wbc 12.5. bacaan ni tinggi dan agak berbahaya kpd ibu. Pakar bgtau, depa suspek dlm kandungan ada kuman, dan kuman boleh merebak ke otak ibu. Risiko kematian. Dr akan induce baby secepat mungkin untuk selamatkn ibu kalau bacaan wbc makin naik. Tersentap hati kami dengar macam tu. Waktu tu, sy bertambah risau dan hilang punca. Kes ni, xda ubat untuk sebab penyembuhan ibu dan anak. Tak ada jalan untuk selamatkn baby buat masa ni. Dr pn hanya pantau sahaja. Sebarang komplikasi yg bakal berlaku, seolah-olah negative hasilnya nanti. Sy tak nampak lain dah, sebaik² penolong hakiki adalah allah. Dan allah menjadikan sebab di dunia ni. Dan sebab penolong yang agung adalah Rasulullah! Siti diberikan antibiotik pada dos tinggi untuk turunkan bacaan wbc. Sy kesian kt siti. Tiap² 6 jam kena cucuk ubat kuat. Tengok dia jd kuat lena. Xleh nak kata apa. Ni utk kebaikan dia ngn baby. Sy bg semangat ja. Permulaan masuk wad, dia disuntik steroid kot, cucuk kt bontot. Harini cucuk kiri, esok cucuk kanan. Dr kata tu cucuk untuk matangkan paru-paru baby. Cucuk steroid tu 2 kali tu ja.

Sepanjang 10 hari tu jugak, tiap² malam sy bermunajat mintak tolong kt rasulullah. Sapa yg wahabi, dia sangat anti dengan ni. Menangis tu tok sah kata la. Sy selawat 1000 hampir tiap malam. Mintak doa sungguh², seru nama rasulullah. Tolonglah aku ya rasulullah. Aku buntu. Sekarang ni dr. pun tak boleh tolong hamba. Ubat apa pun xleh tolong. Dah tak ada sebab dh untuk menyelamatkan anak hamba. Hamba nampak rasulullah ja yang boleh tolong. Sy tak berani nak seru tuhan direct, tak mau pertolongan datang tanpa berasbab rasullullah. Tak ada adab namanya. Apa² doa yang tak disebut selawat, doa takkan terangkat. Sebenarnya, episod ni berlaku sepanjang sy dok bersuluk. Memang tuhan nak ajar macam² menda kt kami sekeluarga.




Jikalau ditanya (fardhu taqder), kenapa kenapa meminta hajat pada makhluk (rasulullah)? Tidakkah namanya syirik jika mohon pertolongan kepada selain Allah?

Jawapan: Secara hakikatnya, seluruh alam ini Allah jadikan. Sy tak nafikan, Allah lah tuhan semesta alam, berhak disembah melalui jalan syariat yg diredhoiNya. Tiada yg ada kuasa menjadikan melainkan Allah. Api pon tak mampu membakar kertas melainkan dengan qudrat Allah. Api boleh jadi sejuk kepada Nabi Ibrohim dengan kehendak Allah. Api jadi panas bila terkena kulit sy, dgn kehendak Allah. Makan sepinggan tak mampu kenyangkan sy jika Allah tiada berkehendak untuk kenyangkan sy. Boleh saja Allah kenyangkn sy tanpa makan. Tetapi, sudah lazim (Sunnatullah) di alam ini, tiap2 sesuatu itu, dijadikan sebab baginya. Anak nak kenyang kena menyusu dari ibunya. Anak 2 tahun seolah2 tiada adab jika terus sondol susu tanpa meminta izin dari ibunya. Anak 10 tahun Nampak beradab lagi berakhlak jika meminta izin bapanya dahulu untuk keluar rumah. Nampak beradab dan manja jika isteri memohon pertolongan dari suaminya untuk membantunya basuh baju. Nampak beradab dan lebih selamat jika kita memohon bantuan doctor untuk merawat kita sakit. Sungguh beradab dan dapat berkat bila para alim ulama memohon bantuan guru mereka untuk mendoakan keselamatan mereka di akhirat nanti. Teramat beradab para sahabat memohon kepada Rasulullah supaya dapat melangkah kesyurga bersama-sama dengan Rasulullah.

Boleh saja anak keluar rumah tanpa meminta izin bapa, tapi dh jadi kurang adab. Permulaan kearah rumah tangga hilang aman damai. Bapa boleh rasa tercabar, jadi marah2. Anak melawan. Dah jadi kucar kacir rumah tangga. Jika dibandingkan dengan permulaan adab, minta izin. Inysaallah perkara ini terhindar jauh dan system rumah tangga aman damai. Bahkan bertambah berkat, bapa makin sayang anak.



Tambahan adab lagi, ambil faham akan adab antara bapa dan anak untuk diamalkan sebagai adab kepada Rasulullah.
Sebagai contoh, Nizam ada anak bernama Alia. Anak bongsu nizam bernama Aqil. Lazimnya, segala duit anaknya bersumberkan abahnya lah. Nizam bagi duit kat alia. Alia beli coklat dan bagi pada adiknya, Aqil. Aqil terus berterima kaseh kepada Abahnya, Nizam. Nizam tak tahu apa2 tanya aqil, siapa bagi coklat tu. Aqil jawab, kakak Alia yg bagi.
Nizam akan rasa lapang dada, puas dan seronok. Sebab, Aqil tak lupa jasa asal Abah dia walupun nikmat coklat tu datang dari kakaknya, Alia. Hakikatnya, adalah dari Abah dia. Macam mana Alia nak beli coklat kalau Abah dia tak bagi duit pada mulanya?
Begitu lah sepatutnya Adab kita dengan Allah. Dan, Diangkat sebutan Rasulullah pada setiap sebutan Allah. Adab dengan Rasullullah pon sepatutnya begitu. Buat apa2, ingat pada rasulullah. Dapat nikmat apa2, berterima kasih pada Rasulullah. Lazim berselawat dan lazim bersyukur pada Allah. Baru molek adabnya. Dalam hati jazam bahawa Allah lah tuhan yang menciptakan dan mengurniakan segalanya secara hakiki. Dan secara zahir kita, tetap nak libatkan nama Rasulullah juga sebab tak mau luputkan nama rasullullah dalam setiap sebutan kita.
Bukankah awal kejadian adalah Nur muhammad? Makhluk pertama yang Allah jadikan. Tak dijadikan alam ini jika bukan kerana Muhammad, Rasulullah. Tak dapat nikmat bernafas jika bukan kerana Muhammad. Berselawatlah! Tanda berterima kaseh dan bersyukur pada Allah.



Begitu jugalah system cakerawala ini. Rasulullah sebagai penghulu seluruh makhluk. Sedangkan selawat yang terucap pun akan dibentangkan kepada baginda, segala amal anak adam akan dibentangkan kepada baginda juga. Dan, masaalah sy juga sebahagian daripada amal anak adam. Jadi, molek lah sy mohon terus (bermusyahadah), seolah2 berkomunikasi dengan baginda nabi, mengadu akan masaalah dan memohon pertolongan baginda. Dalam hati, beriktikad (jazam kukuh) Allah lah yg berkuasa memberi mudhorat dan manfaat. Tapi, pada zahir mulut, tetap beradab dengan rasulullah. Seolah2 rasulullah lah bapa kita dikala anak merengek minta apa2. Apa yg saya mohonkan (amalan) insyaallah akan dibentangkan kepada baginda Rasulullah.

Supaya, insyaallah apa2 yang berlaku kt bini dan anak sy nanti, ianya adalah jasa pertolongan dari rasulullah. Terpulang pada kehendak rasulullah, baik dan sebaliknya insyaallah sy ngn bini terima dgn hati yg lapang. (dalam hati iktikad dah, apa yg berlaku kt alam semesta ini hakikatnya dari kehendak Allah, Cuma sebabnya yg sy harapkan supaya Rasulullah ada terlibat). Seperti penglibatan api di dalam membakar getah. Boleh saja getah terbakar tanpa api seperti litar pintas. Seperti penglibatan sy menyiram pokok cabai. Boleh saja pokok cabai tu membesar tanpa sy siram. Dan bila pokok cabai tu dah berbuah, manislah kenangannya bila kenangkan sy lah dok siram pokok ni sebelum ni. Nak makan pon rasa suka dan puas hati.

Supaya, bila akhir episode nanti, sy dapat berasa terhutang budi kepada baginda nabi, dapat rasa kemanisannya bersama nabi. Tak kisah lah, macam mana pun yang bakal berlaku, bila dah jadikan rasullullah sebagai pertantara, sy rasa puas hati. Kalau negative, inysallah sy akan lebih byk menangis ‘disisi’ rasulullah. Kalau positif, sy akan berkongsi kebahagiaan bersama kekasih pertama sy, Rasulullah.




Berbalik kepada cerita, pada hari kedua di wad, cerita yang sama.
Status siti: No contraction, soft tender (bahagian bawah perut lembut), pad tiada darah, tak ada sakit2 tanda nak bersalin, suhu badan normal. Degup jantung baby atas 130++ (normal nurse kata diantara 120 sehingga 160). Rutin bini saya macam biasa, makan, baring, lena, bangun balik, bosan, makan, lena sat, bangun kencing berak, tukar pad pi tunjuk kt misi, lepas tu baring balik. Buat masa ni, sy bgtau siti supaya kurangkn berjalan sebab tak nak bagi baby terbersalin. Sy kerja normal shift, lepas balik pkui 5pm, sy terus ke hospital. Pelawat tak boleh teman pesakit sampai malam sebab wad bersalin kn ada baby, jadi prosedurnya pelawat tak boleh teman pesakit.

Petang tu, sy dok google la macam2 petua untuk pulihkan ketuban. Ada shaklee la macam2. Sy beli bioenzime dari cosway. Kot2 boleh repair balik kantung ketuban. Sy bg siti minum dalam 2x. Esoknya, dr buat repeat check darah. Bacaan darah dia naik sikit. Terus sy xbg minum dah bioenzime tu. Ingat na, tak payah bagi minum jamu atau supplement ni. Bagi kes bini sy, kantung ketuban dah bocor dan tak boleh bertangkup balik. Hanya tunggu ja apa yang nak jadi akan datang. Samaada, keadaan makin elok dan baby selamat atau pun sebaliknya. Tapi, naluri nak selamatkn anak bini tu masih menebal. Sy usaha lagi google macam2 site supaya dapat jumpa dengan ubat/ herba yang boleh pulihkan kantung ketuban. Tapi tak jumpa2.

Hari keempat dan kelima rutin siti mcm biasa. Sat nk copy balik ayat atas tu, makan, baring, lena, bangun balik, bosan, makan, lena sat, bangun kencing berak, tukar pad pi tunjuk kt misi, lepas tu baring balik. Hari khamis iaitu hari ke 7, plan scan air ketuban. Air ketuban ada tambah sikit balik. Jadi, dktr masih lagi buat pemantauan walupun sikit sahaja air tu terhasilkan balik melalui air kencing baby.

Bila ada berita baik mcm ni, sy punya bersyukur. Sy ajak bini berselawat untuk merafakkan kesyukuran. Tiap-tiap kali melawat, sy akan berselawat kt perut siti. Dan diakhiri dengan doa, bertawassul dengan rasulullah supaya anak bini diselamatkan. Kami tak kisah nanti apa pon keadaan anak kami, kami redho. Asalkan, baby diberi kesempatan untuk hidup ja. Laki pompuan tak kisah. Sempurna anggota atau sebaliknya pon kami tak kisah. Asalkan, Allah selamatkan baby kami. Kami berharap agar baby dapat hidup kat dunia ni nanti. Sy juga ada bacakan kitab addurunnafis disamping siti dan perutnya, untuk amik berkat kitab. Ada baca maulid simtud dhuror juga untuk amik berkat maulid.
Hari ke sepuluh dah tiba. Dan dktr kembali berbincang tentang kes siti. Hasil data dari 10 hari pemerhatian, keadaan siti tak demam pun, bacaan darah WBC pon trend menurun, perut tak mengeras, tak ada tanda2 bersalin, degupan jantung baby dalam perut normal dan air ketuban makin bertambah walaupun sedikit. Dktr melanjutkan pemantauan ke atas siti sehingga bersalin. Ini bermakna, selagi mana siti tak ada komplikasi (samaada demam, WBC naik, sakit nk bersalin, turun darah), selagi tu kandungan siti dibiarkan sehingga bersalin.

Alhamdulillah, ini berita baik bila dktr tak buat prosedur induce seperti dirancang pada awal kemasukan wad. Untuk hal ni, kami bersyukur sangat. Sy bernazar untuk berselawat 1000x bila baby lahir nanti. Timbul pulak masaalah kedua, tak kan siti nak lepak dalam wad lama-lama? Dengan tiada rawatan khusus kat dia, lebih baik siti balik berehat kt rumah ja. Mental pn tenang bila ibu dia jaga siti. Tambahan pulak, keluarga siti pada awalnya semua mindset sama, iaitu tak suka siti ditahan lama di wad. Seolah2, dktr sengaja nak tahan lama2 tanpa sebab.

Sy roger abang sulong sy, cikgu nizam. Dia ni la yg tolong uruskan perkahwinan kami. Dia berpengalaman luas dan pengetahuan luar biasa. Dan sifatnya lebih mesra alam dan minda matang dan terbuka. Dia datang melawat dari ipoh. Bila sampai, dia menasihatkan supaya ikut ja nasihat dktr. Duduk ja kt wad. Bini ckgu nizam, kak zura cikgu jgk. Pon ada sifat lebih kurang mcm suami dia. Depa cerita masa kakzura masuk wad bersalin dulu pon, ada sorg pmpn dh dok wad bersalin 3 bulan sebab kencing manis. Dktr pantau kehamilan dia. So, untuk kes siti ni, tak ada masalah pon kalau dok wad lama2. Jangkaan mungkin 3 bulan kena duduk wad sebab sekarang kandungan siti baru berusia 24 minggu atau 6 bulan.

Kehadiran dan nasihat ckgu nizam ni seperti rahmat buat kami laki bini. Cara dia nasihat tu, memang nampak ikhlas. Bini sy kembali bersemangat dan sy pon sama. Cikgu nizam pesan kt saya, jadual kehidupan hang lani kena ubah sikit ja. Sebelum ni, hang balik kerja, terus ke rumah. Ada bini tunggu rumah. Hari2 hang mcm tu. Tapi, sekarang, jadual hang kena mai hospital melawat bini hang. Pastu balik la rumah lena. Esok lepas balik kerja, mai melawat lagi. Macam tu la jadual hang lani dan hang jangan tertekan. Jadikan tu satu ketetapan hang untuk masa sekarang dan hang kena raikan jadual baru hang. Tak lama pon, bekorban dalam keadaan hang pon rasa seronok, bini hang pon tak rasa stress bila hang enjoy dengan kehidupan sementara macam ni. Bila giliran ckgu nizam melawat bini sy, dia nasihatkan juga. Sampai sy tengok bini sy kembali ceria dan bersemangat balik. Hasil dari kata2 hikmah dari dia ngn ckgu zura. Pada masa yg sama, ckgu nizam sembang santai dengan keluarga ipar sy, dan depa semua mula terbuka minda dan totally berubah persepsi kepada positif dengan stay di wad lama-lama. Demi keselamatan siti dan anak dalm kandungannya.

Lepas dari tu, sy ngn siti mula plan untuk hidup lama di hospital. Sy mula bawa beg besar untuk mudah simpan barang. Sikit2 sy bawak segala macam barang untuk siti. Termasuk lah sebotol kicap, sambal bilis sebalang, sikat, dan lain-lain. Wad bersalin tu dah jadi macam rumah kedua siti dah. Tiap2 hari saya mai melawat. Kalau time kerja, sy akan mai pukul 5 sampai nak magrib baru sy balik umah. Kalau rindu, sy akan mai masa waktu rehat sekali, pkui 1 sampai pkui 2pm. Lepas tu masuk kerja balik. Balik kerja, pi hospital pulak untuk sesi melawat petang. Jarak tempat kerja dalam 9km. tapi tak pa, sy dh mula enjoy dan terima seadanya kehidupan macam tu. Berpenat takpa, asalkan dapat luangkan masa bersama bini dan anak dalam kandungan.

Sy kerap masak dan bawak mai hspital makan sama-sama ngn bini.
kdg2, beli kt luar sebungkus, bg siti makan. sy pulak, mkn makanan hsptl dia tu. siti kadang2 jemu sikit mkn petang kt wad. sy tukang perabih.

Plan dktr kt siti sama ja setiap minggu. Dktr akan revise balik plan rawatan by week. Tiap isnin, pakar dan dktr2 akan mai dan komen la sesama depa kt tepi katil siti. Dan plan yg sama ja depa buat. Ujian darah 2 kali seminggu, scan air ketuban dan scan berat baby tiap hari khamis, kalau WBC naik depa bagi antibiotik. Tiap2 hari melawat, bila ada komen positif dr dktr, sy bersyukur sangat macam nak melayang2 kt udara. Terus sy nazar lagi, tambah lagi 1000 nanti nk selawat bila segalanya dah selesai (anak selamat dilahirkan).

Tiap hari khamis, lepas scan ada result saiz baby dan berapa banyak air ketuban dok ada. Dan ada estimated baby weight dalam buku merah ibu pregnant tu. Berat baby masa mula2 air ketuban turun dalam 630gram. Dalam wad, ada kak yg beranak baby dia berat sampai 4kg. Dia bagi petua kt bini sy, supaya minum susu anmum 2x sehari, insyaallah baby cepat besaq dalam perut. Target kami, nak kena baby bagi cepat besar. In case, kalau ada komplikasi, baby dilahirkan tu besar sikit dan chance dia nk survive tu tinggi.

Setiap hari, siti akan minum anmum pagi dan petang. Dengan harapan supaya baby dalam perut membesar dengan cepat. Tiap-tiap hari siti tengok orang keluar masuk wad, beranak dan balik dengan baby depa. Sedikit sebanyak, tersentuh juga hati bini saya. Nak buat macam mana, lain orang, lain jalan hidup depa. Dah ditakdirkan kehidupan siti macam tu. Kena dok wad lama, dalam keadaan tergantung samaada baby selamat atau sebaliknya. Tertanya-tanya, menunggu, penuh kerisauan, suram, muram. Ni lah keadaan siti waktu tu. Sy sebagai suami, memang tersentuh amat bila tengok keadan bini sy. Hanya boleh bagi semangat dan sokongan penuh kat dia. Dan menaruh harapan tinggi kat Rasulullah supaya berkenan menolong kami yang seolah-olah dalam kesempitan.

Hari berganti hari, sampai lah sebulan dah kat wad. Keadaan siti positif, air ketuban memang dok leaking ja. Kadang2, bocor penuh satu pad hostital bagi tu (full pad). Kadang2, leak sikit ja (quarter pad). Bergantung pada keadaan baby. Kalau dia bergerak kuat, leak pun banyak juga. Dktr pesan supaya bila tidur, kaki lapik bantal. Macam nak bagi bertakung la. Dan, baby pon semakin besar. Bila kandungan dh cecah 28 minggu (7 bulan), siti mula suruh sy beli barang2 baby sikit-sikit dulu. Sebab kalau bersalin 7 bulan, baby insyaallah boleh survive dah walaupn akan duduk dalam incubator tu.

Soal warna baju baby, nk beli pinky-pinky ka blue color? Kami tak tau jantina lagi. Nak tnya dktr masa scan hari khamis tentang jantina, kami segan. Sebab dktr buat kerja depa nak scan air ketuban, tak kan lah kami nak kacau kerja dktr dengan nak tnya jantina pulak. So, sy beli la warna tengah-tengah antara boy ngn girl. Hijau muda dan biru muda dan putih. Masa ni, bini saya agak terkilan sikit sebab dia tak dapat nak keluar wad shoping baju baby bersama dia. Tapi xpa lah, sy tenangkan dia.

Kemudian, selang beberapa hari sy kata kt siti, tengok keadaan siti ni macam nak dapat anak girl ja. Nanti sy beli kelambu baby warna pink hujung minggu ni ada baby fair. Selang beberapa hari, siti call terus bagitau kata, ‘abang batalkan hasrat nak beli kelambu pink tu na…’ sy x dapat tangkap lagi maksud dia. Rupa-rupanya, dktr murah hati masa scan tu, dia scan tengok jantina. Nampak LOCENG rupanya. Bakal dapat baby Boy.

Tapi, saya tak berapa excited. Sebab jangkaan ni selalunya bukan betul sangat. Mungkin image loceng tu mungkin jari baby kot. Lagi pulak, kami laki bini harapkan baby selamat ja. tak kisah dah jantina mcm mana pun. Lagi pulak, result scan semua positif. Scan perederaan darah uri pon normal dan sehat. Sy bersyukur atas setiap berita baik yang dktr bagitau dan tiap-tiap kali bersyukur, sy nazar nak tambah selawat 1000 kali.

Sampai lah, jumlah selawat yang bakal dibayar nanti, berjumah 30,000 kali untuk 30 hari. Dan tambahan 5000 untuk apa entah sy lupa atas sebab apa. Nanti dah selamat semua, insyaallah sy akan bayar. Dan sekarang, sy tengah bayar. Mudah-mudahan, Allah bagi sy taufik untuk melaksanakannya.

Lepas sebulan di wad, pakar dan dktr revise balik plan depa. Bila akan diinduce? Mula-mula, pakar plan 34 minggu kehamilan jika tiada komplikasi sepanjang kehamilan. Begitu lah untuk bulan kelapan, iaitu kehamilan 32 minggu dah tiba. Siti suruh saya beli pampers newborn pulak. Dan, keadaan siti rutin yang sama. Air ketuban makin banyak. Lingkungan bacaan 4. Dan masa ni, leaking makin slow sebab kepala baby makin besar kot. Dia tutup lubang bocor tu agaknya. Tapi, kadang2, leak banyak juga. Unpredictable.
Sepanjang bulan kelapan tu, ada sorang dktr pompuan melayu, mai cerita kat bini sy, nanti kalau baby lahir mungkin dia tak sempurna. Tangan mungkin bercantum jari jemarinya. Hmmm… dktr tu macam tak patut la. Sepatutnya, jangan cerita direct kebarangkalian yang belum pasti. Dktr cina bukan islam pon pandai jaga adab hati. Sy pesan kt siti, kalau tak sempurna pn, tak mengapa. Insyaallah kita terima, asalkan baby selamat boleh teruskan hidup tu pn dah besar rahmat buat kita.


Hari makin hari, siti makin sarat. Perut siti pun dah nampak ketara besar. Rutin harian tetap sy buat. Mai melawat, baca selawat dan tiup kt perut. Doa yang baik2. Antara doa yg ada, ‘ya allah, dengan berkat Rasulullah, dengan berkat Habib mustofa abdullah al-aydarus cucu kepada Rasulullah yg aku telah bertemu dengannya, memeluknya, dan dia melihat aku, dan dia telah bertemu dengan gurunya, guru-gurunya telah bertemu dengan guru mereka sehingga sampai kepada Rasulullah, maka, dengan berkat pertalian suci ini, tangguhkan lah kelahiran anak ku ini kepada waktu yang sepatutnya..’…

Tak lama lepas tu, dktr ubah plan induce, insyaallah depa nak induce pada minggu ke 36 iaitu 9 bulan. Sempadan antara kelahiran matang dan tak matang. Sy ubah doa sikit, ‘ya allah, dengan berkat Rasulullah, dengan berkat Habib mustofa abdullah al-aydarus cucu kepada Rasulullah yg aku telah bertemu dengannya, memeluknya, dan dia melihat aku, dan dia telah bertemu dengan gurunya, guru-gurunya telah bertemu dengan guru mereka sehingga sampai kepada Rasulullah, maka, dengan berkat pertalian suci ini, tangguhkan lah kelahiran anak ku ini kepada minggu ke 36..’…

Masa tu, mertua saya bagi air akar fatimah (air selusuh) untuk mudah bersalin. Dia pesan suruh siti minum, tapi sy tangguhkan dulu sebab, sepanjang siti kat wad, banyak kes dia tengok orang minum air selusuh sebelum pintu rahim terbuka. Jadi masaalah balik. Lepas minum air selusuh, sakit nak bersalin tu ada. Rahim mengecut push nak beranak tapi pintu rahim tak terbukak lagi. Risikonya, baby boleh stress dalam rahim dan kalau jantung baby slow, dktor akan buat ceaser lah. So, jangan memain dengan air selusuh apa jenis sekalipun. Kalau nak minum, tunggu pintu rahim dah terbukak pada bacaan 7 ke atas. Bukaan ni, nanti dktr selup tangan sukat. Kita tak tau.

Sy dh stanby awai-awai air bacaan selawat sepanjang kt wad. Tiap kali selawat 1000 sebelum-sebelum ni, sy tiup kt air dan bg siti minum untuk berkat. Seminggu sebelum minggu ke 36, sy dapat ilham satu ayat quran (ayat hakikat tantang kelahiran manusia). 3 kali ilham mai. Mula-mula, sy teringat dalam solat, dulu pernah dengar ayat hakikat tu masa mengaji kitab addurunnafis. Dan, sy suka ulang-ulang dengar rakaman pengajian tu, kena pulak tajuk tu lepas ilham pertama tu. Dan last sekali, sy bukak alquran, sekali bukak tepat pada muka surat yang ada ayat tu.

Sy hafal dan baca tiup kat ari-ari (lokasi pintu rahim) siti. Sambil selawat, doa, baca ayat tu sy tiup. Baca kt air, bg siti minum. Doa semoga boleh beranak normal dan dibukakan pintu rahim pada hari yang dijanjikan dktr. Dan, siti nampak makin ceria untuk menerima kehadiran anaknya yang amat menyentuh hati akan nasib tu. Hari akan diinduce nanti, dktr akan masukan ubat macam panadol tu kedalam vagina. Dan, risiko ubat tu tinggi dan baby boleh stress. Bila buh ubat tu, rahim akan mengecut dan sakit yang amat (boleh tanya kat ibu-ibu yang pernah kena induce). Banyak kes kt situ sepanjang siti kat wad, induce buh ubat tak berjaya bukak pintu rahim. Ada yg terus emergency dan kena ceaser lah.

Tiba hari dijanjikan, khamis, 14 september 2017 genap kandungan siti 36 minggu. bacaan akhir air ketuban 5.2, estimate baby size dktr kata normal. estimate berat dalam 1.6kg. Alhamdulillah. berita baik ni, sy tambah nazar selawat. Sy tak bagi siti minum air akar fatimah tu lagi. kalau nak bagi pon, tunggu dktr bagitau dulu yang pintu rahim dah bukak 8cm ke atas. Buat masa ni, sebelum buh ubat induce, sy bg siti minum air selawat ja dgn jampi sikit guna ayat quran yang sy dapat ilham tu.


Pukui 4 pagi tu, siti call sy kt rumah, cakap dia rasa sakit sikit kat bahagian bawah rahim dia. Siti pesan mai melawat harini bawakkan nasik lemak pokok buluh di batu maung. Pukul 7 lebih, dktr mai nak selup kali pertama nk check bukaan sebelum nak buh ubat induce. Tiba-tiba, dktr terkejut, pintu rahim siti dah terbukak 4cm. so, dktr tak payah buh ubat induce la. Terus siti dimasukkan ke labor room. Sy sampai tengah hari tu pon terkejut. Tak sempat siti makan nasik lemak dia order.

Sy tunggu kt luar wad penuh debaran. Siti masuk pukui 7 sampai pukui 12 lebih baru bersalin. Mak gad dan cleaner dok keluar bagi laporan kt sy setiap kali ada baby nagis. Aunty cleaner bagitau, isteri you belum lagi. Siti dengan semua staff situ dah rapat sebab dh 2 bulan lebih kat sana kn. Kenai abeh. Suami siti pon misi2, dktr kenai. Muka yang sama hari2 mai melawat selama 2 bulan. Aunty cleaner keluar masuk labor room utuk cuci lantai. Nak dekat pukui 1, aunty keluar bagitau dah lahir. Bini you beranak tak bising macam orang lain. Baby boy. Sy menangis bersyukur.

2 jam sy tunggu, misi keluar bagi borang. Ada tulis ‘Risk for sepsis’. Sy google cepat2, dan maknanya baby risiko untuk hadap organ tak sempurna. Sy jadi berdebar dan pujuk hati supaya lebih redho. Tak lama lepas tu, baby keluar dalam icubator. Depa lap-lap ja tak mandikan. Nampak muka baby agak comot sikit. Kali pertama sy tengok anak sendiri. Sayu hati tengok dia. Sy iring baby ke wad neonatal. Berat baby 2.2kg masa dilahirkan.

Sampai kt sana, misi suruh tunggu kt luar. Tunggu pakar check baby dlu. Sy terus call abang nizam bagitau berita baik. Sy pi kt siti balik, tenangkan dia. Tak lama lepas tu, masa melawat pukui 5, sy pi melawat baby kt wad neonatal. Sy jumpa baby, terus panggil ‘assalamualaikum Mahmud anak abah’… (Mahmud tu nama arwah bapak sy, memang niat nak namakan macam tu kalau kami dapat anak laki). Dia tersadai sorang kat ujung wad dalam tray tu. Sian dia. Sy mintak kebenaran nursa nak azan. Sy cakap, sy tak reti pegang baby, tolong angkat dan buh kat tangan sy jap. Sy anak bongsu, tak ada adik. tak ada pengalaman jaga baby kecik. Misi tolong angkat dan buh kat dakapan sy, dan sy azankan mahmud. Lepas selesai, sy letak balik dan tanya apa status mahmud. Misi bagitau, pakar neonatal tak tengok lagi. Sy naik balik kat wad bersalin, bagitau status mahmud kt siti. Dia senyum dan banjir juga air mata dia.

Malam tu, mahmud sorang tanpa mama  dia. Sy susah hati la, ibu dan anak tak jumpa lagi. Esok tengah hari waktu melawat, sy tengok mahmud dulu. Dia tersadai kt penjuru sorg2 dan dia minum susu dalam straw. Nak tergelak tengok. Sy tengok, telinga kiri dia macam kepek sikit. Dalam hati kata, tak apa. Tak sempurna pon tak apa, sy redho. Dah selamat macam ni pon dah besar rahmat buat kami. Sy curi amik gambar. Lepas tu, pi jumpa siti tunjuk gambar. Tak lama lepas tu, sy surung siti mai wad baby untuk jumpa anak dia.

Lepas siti jumpa anaknya, sy paling rasa lega. Anak yang hilang ibu, dah bertemu ibunya. Macam rasa tengok anak kucing hilang ibu yang kelaparan, akhirnya bertemu ibu dia dan menyusu balik. Siti menyusukan mahmud. Hampir 12 jam terpisah sejak kelahiran. Mulanya, agak sukar mahmud nk isap nenen. Tapi lama2 mau jugak. Petang tu, dktr baby bagitau yang baby sehat, normal, dan kalau tak ada jaundis (kuning), boleh keluar wad. Ya Allah, syukurnya tak tau nak habaq macam mana. Yang telinga kepek tu sebanarnya kesan mahmud mengiring ke kiri lama. Sebenarnya, mahmud sempurna fizikalnya. Alhamdulillah…

Habes cerita. Akhir kalam, kepada ibu yang kena PPROM kt luar sana, semoga cerita ini dapat sedikit sebanyak membantu anda. kalau nak tanya lanjut, boleh contact sy direct faiz.omaq@gmail.com



Ku tinggikan terimakasih yang tak berbelah bagi kepada Rasulullah. Bila berterima kaseh kat rasulullah, maknanya, lazim bersyukur kat Allah.




Kini, bila sy dukung mahmud, sy akan bagi salam kat nabi. seolah-olah, kami sekeluarga bermusyahadahkan Rasulullah.

Bila sy selawat, mahmud seolah-olah senyap tanda hormat kat Rasulullah. Kami sekeluarga akan kenang episode ni, ulang-ulang cerita ni supaya kami tak lupa jasa Rasulullah kat kami. supaya, kami sentiasa bersyukur.




yang benar,

-Mohamad Faiz Omar, abah kepada Mahmud, anak kepada Haji Mahmud

12 Oktober 2017


Tuesday, June 27, 2017

terapi ketum dari Prof Dr Syukor Bin Abu Hasan




ini adalah air ketum...
yang dipetik daunnya dari pohon ketum...
yang diracik daunnya dari dedaunan ketum...
yang direbus daunnya selama beberapa jam ketum...
yang ditapis daunnya lalu mengalirlah air ketum...

inilah 100% air ketum tanpa sebarang tambahan kimia berbahaya




Rumusan Herba dari Prof Dr. Syukor b. Abu Hasan, 
Saintis kimia tersohor di bumi Titi Gantung, Bota, perak.

sepupu kepada mat curut.





Dos yang disarankan oleh Prof:

ambil suku gelas kira² 200ml,
diminum pagi sebelum kerja berat,

berpeluh akan memgeluarkan toksik.
yang akan mensehatkan tubuh badan melalui terapi 'Healing Process'.



info tambahan dari Dr. Curut,

minum sekali sehari, lepas 3 jam akan terasa badan seperti di atas air. lena pon sodap. badan sedang dalam healing proses. khasiat ketum akan dimanfaatkan oleh badan pada ketika ini pada kadar OPTIMUM.
pada ketika ini, segala sakit urat akan dinyahtoksik oleh badan, paras gula dalam darah diturunkan, dan pelbagai khasiat akan ditindakbalas oleh sistem badan secara positif.


selepas 3 jam berikutnya, mata akan berpinar² seperti mengantuk. JANGAN minum ketum ketika berada pada fasa ini!! minum air kosong banyak bagus.

(Silapnya penagih ketum di luar sana adalah kerana mereka hentam jugak minum pada ketika ini... jika diminum ketum, badan akan kembali cargas dan selepas dari itu, akan menyebabkan ketagihan!!! khasiat ketum akan diproses oleh badan pada kadar MAKSIMUM! AKAN MENGAKIBATKAN KATAGIHAN SETERUSNYA)


Setelah 3 jam seterusnya, jika tidak minum ketum lagi, badan akan kembali normal. tiada kesan negetif dari ketum. bahkan, badan makin sehat. hasil dari terapi ketum.

minum selang sehari. sampai habes sebotol.

insyaallah, tak ketageh ketum, badan makin sehat setelah selesai terapi ketum sebotol.



AKHER KALAM,

PESANAN IKHLAS DARI DR. CURUT,

BERPADA-PADA LAH DALAM MENGGUNAKAN KETUM UNTUK KEBAIKAN BADAN. INGATLAH ANAK BINI.






Ikhlas dari:

Dr. Mat Curut,
Saintis Curut dan Ketum,
Universiti Sains of Ketum,
Penang Malaysia.






Sunday, June 25, 2017

selamat hari raya aidil fitri 1438 Hijri


Assalamualaikum kepada peminat blog curut..


Di petang yang mulia ini..



mat curut sekeluarga

mengucapkan...



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


dan


SELAMAT HARI CURUT




mat curut bersama isteri terchenta...



Maaf Zaher Bathin











tulus mulus ikhlas daripada:



-Majulah curut untuk negara-






Saturday, June 17, 2017

salam ramadhon ke 23








Pada kesempatan ini...
saya selaku Presiden Persatuan Curut Sedunia....
ingin mengucapkan..


Salam Ramadhon ke 23...
1438 Hijrah

Semoga cheers selalu...




Beriktiqod lah seperti aqidah di bawah ini:
Semoga bermanfaat di dunia dan di akherat





Dengan tulus ikhlas daripada..

-Awang Curut-





~majulah curut untuk negara-
17/6/17




Tuesday, June 13, 2017

penamaan semula haiwan purba

13/6/17 - Batu maung : Mat curut dengan malu tersipu nya telah menjumpai binatè ini di rumah tepi bukit pada malam 19 ramadhon tahun hijrah lupa tapi masihi adalah 2017.









Di kampung kami panggil 'sepah bulan'

ada panggil ulat gonggok,

tak kisah la istilah apa pon, asalkan nama tersebut ditujukan kepada rupa paras menatè tu yang hensem..


Di sini, pada hari yang mulya ini, 
pada tarikh keramat ini....

Selaku Pemangku Persatuan Curut Sedunia, Mat Curut ingin menamakan semula binatang tersebut dengan nama...


'Sepah Curut'

ataupon 

'Ulat Curut'...




Moga peroleh kebahagiaan..





~majulah curut untuk negara~






Penamaan semula ini diluluskan oleh Badan Kebajikan Haiwan Melata Peringkat Dunia.


yang benar

Omar Curut bin Haji Curut
Pengelola Persatuan Kebudayaan Haiwan





Saturday, June 10, 2017

expedisi ke gunung curut

10/6/17: 


Gunung Curut adalah puncak kesembilan tertinggi di dalam Malaysia. Gunung ini terletak bersebelahan dengan jalur banjaran titiwangsa. Ia terkenal dengan aktiviti kubu perang satu ketika dahulu.
Penulis menyertai ekspedisi ke gunung curut ini untuk menjejaki kesan peninggalan tamadun purba kala. Perjalanan adalah sangat memenatkan kerana jarak tersangat lah jaoh dan kecuraman sangat menjunam.

Penulis ditemani oleh komando pencen sebagai penunjuk jalan dan penjaga keselamatan.
hutan gunung curut sangat terkenal dengan banyak harimau dan gajah.
Penulis agak kecut perut semasa merentas hutan ini untuk smapai ke destinasi hatiku.



Penulis di bawah sinaran lampu minyak tanah semasa pendakian



Komando pencen bersama pedang samurai nya.
sangat yakin untuk kebarangkalian berhadapan dengan har har harimau malaya



Akher nya berjumpa juga dengan baka ketam bukit gergasi.
menurut komando pencen, ketam ini mampu membesar sebesar besarnya




antara peninggalan empangan purba yang maseh elok berfungsi.
empangan ini adalah sumber pengairan utama anak cucu penduduk purba di kaki gunung ini



Komando sedang mengkaji sistem perpaipan purba







Akhernya, Penulis sangat teruja untuk melihat peninggalan sejarah ini.
Diharabkan agar kirajaan memelihara kesan sejarah ini.



~Majulah curut untuk negara~



sumber : buku sejarah tingkatan 7