Parit Amarikan, Pantai Remis, 13/9/14- kampung sungai batu dilanda denggi minggu ini.
Menurut mangsa, Syapi'e Sudiro yang baru keluar dari hospital berkata, sejumlah mangsa denggi adalah di sekitar Taman Pantai Wang, sg batu.
Mangsa, Syapi'e Sudiro
Syapie telah ditahan di wad hospital manjung selama 4 hari kerana denggi. Beliau sangat tensen kerana tak boleh buat apa kerana duduk dlm kelambu. Nak ke bilik air pun kena usung besi yg sangkut botol air tu. Nak kencing pun kena bagi kt nurse. Nk cucuk amik darah pun buat beliau tensen kerana payah sangat sebab dokter jenuh cari urat. Beliau mengahkiri keluhan beliau dengan ucapan 'pelaq!!'... Itu lah keluhan dari syapie..
Rumah penulis pon kena sembur asap. keadaan di sekitar agak terkawal dan kelihatan keluarga penulis semuanya seronok dan buat kalut melihat kepulan asap memenuhi sekitar rumah penulis.
Penulis agak teruja dan berbangga kerana ini adalah pertama kali rumah penulis disembur asap forging. Penulis sempat bergambar dengan inspektor kesihatan untuk kenang-kenangan.
Zakuan (berbaju biru asalnya nak menyorok dlm kereta, tapi Nan bukak pintu nak pekena dia bg asap masuk kereta tersebut. Keluarga penulis geli hati melihatnya.
Seputar forging aedes di rumah penulis
Walaupun forging ini tak memberi kesan langsung untuk menghalau nyamuk di rumah penulis, tetapi pengalaman ini sangat menarik. Hal ini kerana, kedudukn rumah pusaka kami dikelilingi hutan dan agak mustahil untuk membasmi nyamuk.
Ibarat menanam bertih jagung, macam sia2 saja...tapi tak apa juga, peratusan berkurang nyamuk tu tetap ada untuk beberapa jam selepas forging.
Sekian..
Sumber: Utusan Meloya
No comments:
Post a Comment