Bismillahirahmanirahim..
“Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Itu
Utusan Allah..”
Assalamualaikum w.b.t..
Artikel dari blog : klik_sini
Ilmu
Usul(cuca) atau mengenal asal usul telah lama diamalkan oleh pendekar pendekar
terbilang pada masa dahulu.Mereka menumpulkan senjata dengan kaedah memujuk
secara lisan dan batin,tanpa bantuan jin,mantera,jampiserapah .Nak bukti jumpa
datok kita buktikan depan mata.Sebenarnya salah satu pengalaman datok hampir
dipatuk seekor ular tedong semasa pergi merawat seorang pesakit seekor ular
tedung betul betul berada didepan datok dengan syahadah sekali datok
terus pujuk ular dan beritahu ular tersebut jika dia patuk datok datok akan
dakwa dia diakhirat,terus ular tu cabut lari padahal betul betul berada dekat
kaki datok dan bersiap sedia untuk mematuk datok.Kaedah yang sama bila kita nak
bagi senjata itu tumpul secara batin zahirnya tajam batinyya tumpul
.Peluru,logam,keris ,ular,harimau ke semua makhluk Tuhan yang diciptakan Tuhan
untuk memberi manfaat kepada kita.Apabila kita mengenal mereka kita tidak akan
takut dengan makhluk.kita akan terkagum dengan kebesaran Allah.Nak rahsia ini
jumpa datok .
Kaedah mengolah
tenaga AURA atau nur bukan ilmu baru .Pengolahan nur cahaya ini telah diamalkan
oleh datok laksamana Hang Tuah,Datok Bahaman ,Mat kilau ,kebetulan datok ada
salinan kitab pahlawan mat kilau ada disebutkan kaedah mengolah kalimah Allah
misalnya untuk berperang maarifatkan kalimah Allah berwarna merah,untuk
pengasih maarifatkan kalimah Allah berwarna kuning.Penemuan kaedah ini adalah
diambil dari tokku paloh,setelah mereka berguru dengan tokku paloh seorang
waliyullah terkenal setelah mereka membuang ilmu ilmu dunia. mereka mula
ditiupkan roh jihad oleh tokku paloh dengan ilmu ilmu perang berlandaskan
islam.Murid gayong maarifat diajar ,diasuh tentang yakin Illallah, dengan
menafikan makhluk dan isbat Allah swt. makhluk tak dapat beri manfaat atau
mudharat melainkan idengan izin Allah. api tidak boleh membakar , tapi Allah
sahaja yang membakar. Api berhajat pada Allah untuk membakar, tapi Allah tidak
berhajat pada api untuk membakar. Jika Allah mahu, api boleh membakar, dan jika
Allah mahu, api tidak boleh membakar.
Dalam tauhid kita, LaIlahaIllAllah ialah yakin Allah Maha
Kuasa, makhluk langsung tiada kuasa.
Seorang ulama’ memberitahu, Allah SWT hendak
menyempurnakan nikmat2Nya yang besar kepada hamba2Nya yg berhubung dgn dunia
dan akhirat, maka Ia mengutus para AnbiaNya dengan memberikan mereka dua
keistimewaan: Doa dan Da’wah. segala hajat yang dipohonkan pada Khaliq yang
Maha Kuasa dinamakan doa dan segenap perintah Khaliq disampaikan pd makhluk2
Nya dinamakan da’wah.
AllahSWT
berfirman yang maksudnya:”Maka ingatlah Allah saat berdiri, duduk dan
berbaring”(An Nisa’:103) . Dalam pada itu,NabiSAW bersabda ,”Mahukah kamu aku
beritahu amalanmu yang terbaik dan tersuci di sisi Rajamu(AllahSWT) dan dapat
meninggikan darjatmu,serta lebih baik bagimu dari bersedekah emas dan perak,
dan mengalahkan musuhmu di gelanggang pertempuran?” Para Sahabat R,A menjawab
“Tentu sahaja ya Rasulullah!” Baginda SAW menjawab,” Yang terbaik dari semua
itu ialah zikrullah”. Sebahagian orang arif pula berkata:” Zikir adalah rukun
tariqat, kunci hakikat, senjata murid, dan pancaran sinar kewalian.”
Jadi, cukuplah
dengan firman Raja segala Raja SWT, Khatamun Nabiyyin SAW, dan Ulama’2 Rah.
yang membuka kelebihan zikrullah. Para Ulama’ semasa tiba ke tanah Melayu (jika
tidak silap, tabi’in) sama ada Indonesia dan Brunei, berda’wah dengan hikmah.
Dari persilatan, kepada permainan2 tradisi yang lain, diselitkan dengan unsur2
agama. dengan kata lain, seni silat telah dijadikan salah satu wasilah untuk
sampaikan Islam pada umat!
Misalnya contoh
ada seorang pemanah di kampung ini dapat memanah buah manggis di atas kepala
seorang yang diikat pada pokok. kerana ahlinya dalam memanah, sikit pun anak
panahnya tidak tersasar. orang2 kampung sebelah yang mendengar cerita ini
begitu yakin dengan keahlian pemanah tersebut, walau hanya mendengar dari mulut
orang. tetapi, apabila mereka ke kampung itu melihat sendiri pemanah itu
memanah, yakin mereka makin bertambah. dan yakin mereka akan capai kemuncaknya
apabila mereka sendiri yang diikat pada pokok itu, dan mendapati anak panah itu
benar2 tepat pada buah manggis itu!
Begitulah iman
yakin kita pada Allah, dengan hanya mendengar cerita kebesaran Allah, iman kita
hanya peringkat Ilmu-Yakin. apabila melihat sendiri, spt orang2 kampung
itu, iman meningkat pada Ainul-Yakin, tapi apabila kita sendiri
mengalaminya, baru dapat Haqqul-Yakin(hakikat Iman). guru2 selalu
menguji anak2 silatnya dengan menyuruh terjun ke dalam lubang yang dipacak
lembing, berjalan atas bara atau kaca, ditetak dengan parang tajam dan
sebagainya.ia adalah untuk menafikan ‘sifat2 makhluk’ tersebut( parang tidak
dapat memotong melainkan dengan izin Allah). hakikatnya, ilmu ini adalah ilmu
yakin pada pencipta Allah yang maha berkuasa,maarifatnya ilmu ini adalah untuk
merasa akan kebesaran dan perlindunganNya.Bagaimana kita solat andai kita tak
terasa kebesaranNya bukankah kosong solat itu sekalipun rukun dan bacaannya
sempurna.
Murid
gayong maarifat dilarang keras sama sekali menggunakan tenaga dari jin dan
syaitan,bahkan sangat memusuhi syaitan dan iblis. Murid gayong maarifat didedahkan dengan solat
sunat taubat dan solat sunat hajat wirid dan kebesaran Allah swt melalui kaedah
bertafakur dengan membuat pengosongan (tahalli)beristigfar ,kemudian membuat
pengisian (takhalli)selawat,zikir dan bacaan surah surah terpilih.Natijahnya
nanti InsyaaAllah akan melahirkan individu yang bertaqwa ,waraq ,berbudi
pekerti,jujur ,ikhlas ,amanah dan berkasih sayang sesama insan.
~~CREDIT TO = TOK AYAH NAHZA
2 comments:
power ilmu ni bang.
power ilmu ni bang.
Post a Comment