Telaga ini mula diilhamkan oleh penulis pada awal tahun 2014. Ini kerana, penulis ingin memiliki sumber air semulajadi di kawasan rumahnya di kampung parit amarikan, sg batu pantai remis perak.. Telaga ini dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa kami, Haji Mahmud bin Ahmad... Semoga pahala wakaf mengalir kepada beliau dan kpd Bonda kami, Hajjah Eshah binti Ahmad (Asiah)..
Memiliki sumber air tawar semulajadi di dalam tanah sendiri sama ada anak sungai, air bukit, tasik mahupaun telaga akan memberi keyakinan kepada penggunanya kerana telah mengurangkn keberegantungan kepada sumber air dari jabatan bekalan air selama ini.
Oleh itu, pada 24 Julai 2014, Bangndak suruh cina backhoe tolak abes belukar di belakang rumah kami.. Suruh dia korek telaga sekali ngn bubuh 4 koq telaga. Lepas korek ngn buh koq, air tak keluar pun..
Pada 25 Julai 2014, penulis bersama syapi'e dan kanak2 sekampung yang lain bekerjasama terjun dalam telaga yang xda ait tu, korek dengan tangan nk perdalam lagi sampai jumpak mata air..
Penulis dgn syapie korek lagi sedalam 1meter kebawah dari paras akhir koq sebelah bawah tu.. Kami bertungkus lumus korek sampai la ada air sikit.. Jadi, jumlah dalam telaga dari paras atas tanah adalah 5 meter kebawah. Satu koq 1 meter.
Proses mengorek perdalam lagi telaga di bawah 5 meter di paras bumi
Masa korek ni bulan posa. Penat jugak..
Lepas korek -1meter, ada la nampak sikit mata air. Tapi tak banyak pon..
Lepas tinggal 4 bulan, telaga penuh sampai paras 3 koq dari bawah. Kami beli 1 lagi koq tambah kat atas bagi ada 1 koq dari paras tanah.
Akhir sekali, pada 26 Ogos 2014, telaga ini telah dilengkapkan dengan pam air berkuasa 1 kuda.. Alhamdulilah, air dapat disedut dari telaga terus ke rumah yg berjarak 50meter. Kami semua dapat mandi air telaga. Semoga telaga wakaf ini terus memberi manfaat kepada semua manusia seluruh alam.
Senarai nama warga yang terlibat dalam membina telaga wakaf Asiahmud:
1. Hafiz mahmud
2. Almarhum Aznan Mahmud
3. Syafie'
4. Azimi mahmud
5. Kanak2 lain yang terlibat
6. Zakuan
7. Abu Hasan (paklang)
8. Adam
9. Alia
10. Ammar yadiy
11. Aqil
12. Saya hamba Allah yg faqir, faiz omar.
Alfatihah untuk almarhum abang saya, Aznan bin Mahmud.
Semoga ruh dia dan ruh bonda Asiah dan Ayahanda Mahmud ditempatkan di kalangan nabi, para syuhada dan orang soleh.
~Amiin~
Bismillah, Dengan nama Allah yg Maha pemurah dan maha penyanyang,
Sy, mohamad faiz omar bin haji mahmud, mewakafkan telaga ini untuk seluruh manusia haiwan dan ciptaan Allah dimuka bumi ini. mudah-mudahan, pahala&rahmat dan redho allah dikurniakan kepada semua warga yang terlibat semasa pembinaan telaga ini..
No comments:
Post a Comment