Tuesday, December 29, 2020

Kelahiran Anakanda Kedua pada 24 Disember 2020



Alhamdulillah, syukur kepada Allah tuhan semesta alam yang dia bersalahan dengan segala yang baharu,

Maha suci engkau ya Allah daripada diserupakan dengan makhluk-Mu.


Solawat dan Salam yang tinggi kepada Rasul Allah,

baginda Nabi Muhammad seutama-utama makhluk,

yang termulia dikalangan para manusia,

yang padanya dizahirkan sifat-sifat agung yang menunjukkan akan kewujudan Allah,

yang padanya tiada sedikit pun aib dan cela,

yang padanya terdapat wangian yang terlebih wangi dari bau syurga,

yang padanya terzahir segala sifat yang agung,

segala kesempurnaan penciptaan terkumpul padanya,

yang padanya dimuliakan akan segala yang berdamping dengannya,

semoga aku dan keluargaku dihampirkan kepadanya di dunia, akhirat dan di mana sahaja.


Telah dilahirkan anak kedua saya, perempuan pada 9 Jamadilawwal 1442 Hijri.

bersamaan 24 Disember 2020.

Dinamakan Siti Laila binti Mohamad Faiz Omar,

Semoga dia dan keturunannya dipelihara Allah akan akidahnya dan sentiasa bersolawat kepada Nabinya.

Semoga hidup dan mati dia dan keturunannya di atas aqidah ahlussunnah waljamaah.

Allah wujud tidak bertempat.


Syahadan, wujud Allah ta'ala dan zatNya itu bukan ia jisim dan bukan jauhar dan bukan ia 'arodh dan bukan ia ittihad dan bukan ia hulul dan tiada ia berjihah dan tiada bagiNya jihah kerana bahawasanya ia tiada berhad dan tiada berhingga dan tiada baharu dan berlainan adanya itu dengan tiap-tiap sesuatu (tiada seperti Allah ta'ala sesuatu jua pon dan ia jua yang amat mendengar lagi maha melihat) (dan) lagi tiada ia bersahabat dan tiada ia beranak dan tiada ia diperanakkan, esa ia tiada sekutu bagiNya dan berkehendak tiap-tiap barang yang lainnya kepadaNya (seperti mafhum firman dalam surah al-ikhlas).


No comments: