Monday, August 31, 2015

Program Keilmuan Guru Besar Padepokan







Alhamdulillah,
Maha suci Allah, Setinggi kesyukuran yang tak berbelah bagi kepada Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Nya, punyai alam semesta, tidak beranak dan tidak pula diperanakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallahu alaihi wasalam, sebaik2 ciptaan dan seindah-indah akhlak.juga kepada isteri-isteri dan keturunan baginda. Selawat dan salam ke atas mereka, kepada para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan para ulama yang mengikuti baginda di atas landasan akidah yg benar iaitu akidah asyairah dan maaturidiyyah.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kurnia kepada umat akhir yang masih kuat berpegang kepada rantaian akidah ini dan semoga kalian kuat menggigitnya.
Sama-sama kita berbaik sangka kepada seluruh umat manusia dan makhluk yang lain di dalam meniti sisa perjalanan hidup ini walaupun di hadapan kita ada kemungkaran yang belum pasti kesahehannya.
Dan jikalau pasti sekalipun, gunakanlah jalan yang sebaik-baiknya, jangan bernafsu amarah ketika menjalankan nahi munkar kerana syaitan sentiasa menipu manusia di dalam segenap urusan kita mahupun urusan agama. Dan amat baiklah kita menjalankan amar ma’ruf semampu mungkin di samping mengharapkan bantuan-Nya.
 
Selesai sudah bagi kali ini, kursus program keilmuan "Guru Besar Padepokan" pada 29, 30 & 31 Ogos 2015 yang di anjur oleh guru yang saya muliakan, Kang Andri Al Bantani yang datang dari tanah jawa.
Jutaan terima kaseh kepada kang kerana ikhlas mencurahkan ilmunya kepada kami.
semoga kang Adri sentiasa dirahmati allah.
amiin...

Terima kaseh juga kepada Puan Rohimah di atas penyediaan tempat kursus dan makanan.

 


Pesertanya:




Mohd.Rahmat bin Abd.Rahman
Syariman bin Alias
Hashim Muzahid bin Mohamed Nor
Johari bin Hj Zainol
Haji Roslan bin Mohamed
Sahrinnizam bin Ahmad
Muzani bin Muridun
Mohd. Asuwad bin Sadali
Mohammad Hafiez bin Dolah
Pn. Rohimah
Mohamad Faiz Omar bin Mahmud