Posts

Interior Design Theme for Curut House

Image
بسم الله الرحمن الرحيم صلى الله على سيدنا محمد وعلى اله Salam sejahtera dari Mat Curut dan keluarga. semoga semua pembaca sihat belaka dan sentiasa bersemangat untuk solawat dan terus menyibukkan diri dengan amalan selawat kepada baginda Nabi. Jadikan amalan solawat itu adalah kerja utama seharian yang dilakukan secara penuh fokus dan berpenat lelah kerananya. Dan jadikan lain-lain kerja termasuk lah kerja dekorasi ini, sebagai  kerja sampingan yang diamal secara lalai dan kurang fokus. insyaallah berkat kehidupan. Senarai Tema dekorasi rumah Japanese Theme Forest Theme

Ulangtahun Kelahiran yang ke -33

Image
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, tuhan yang tiada selain Dia. Solawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah. Telah genap umur saya 33 tahun hidup di muka bumi yang rata ini (flat earth). Semoga kita terus hidup di dalam aqidah ahlussunnah waljamaah dan mati di di atas aqidah ini juga. Allah itu tidak berjirim, tidak berjisim, tidak bertempat, tidak hulul, tidak berittihad, tidak berhad. Bersalahan Allah itu dengan segala perkara yang baharu. semoga saya, isteri-isteri dan seluruh zuriat saya mengagungkan Rasullullah berserta keturunannya dari hari mula hingga hari kebangkitan. Muliakan lah Rasulullah dan anak cucu cicitnya. Limpahkanlah rahmat, nikmat dan berkat kepada zuriat rasulullah sebagaimana apa yang aku idamkan terhadap diriku sendiri. Kumpulkanlah aku dan keluarga ku bersama baginda di hari abadi nanti. amiin.  

Kelahiran Anakanda Kedua pada 24 Disember 2020

Image
Alhamdulillah, syukur kepada Allah tuhan semesta alam yang dia bersalahan dengan segala yang baharu, Maha suci engkau ya Allah daripada diserupakan dengan makhluk-Mu. Solawat dan Salam yang tinggi kepada Rasul Allah, baginda Nabi Muhammad seutama-utama makhluk, yang termulia dikalangan para manusia, yang padanya dizahirkan sifat-sifat agung yang menunjukkan akan kewujudan Allah, yang padanya tiada sedikit pun aib dan cela, yang padanya terdapat wangian yang terlebih wangi dari bau syurga, yang padanya terzahir segala sifat yang agung, segala kesempurnaan penciptaan terkumpul padanya, yang padanya dimuliakan akan segala yang berdamping dengannya, semoga aku dan keluargaku dihampirkan kepadanya di dunia, akhirat dan di mana sahaja. Telah dilahirkan anak kedua saya, perempuan pada 9 Jamadilawwal 1442 Hijri. bersamaan 24 Disember 2020. Dinamakan Siti Laila binti Mohamad Faiz Omar, Semoga dia dan keturunannya dipelihara Allah akan akidahnya dan sentiasa bersolawat kepada Nabinya. Semoga hid...

Ular Sawa Batik @ Python

Image
  Burung berkicau mengundang sawa, Sawa menyusur menyeru manusia. Tajamnya gigi tapi tak berbisa, Pandai membelit kuat pula jerutannya, Bercorak batik bukanlah lukisan biasa, Itulah dia ular sawa namanya. Ular sawa batik made in Batu Maung, Penang. Panjang 2.30m Berat 4.72 kg Jantan Kepada pemain ular di luar sana, jangan sia-siakan peluang untuk lakukan 'test belit' bila pegang ular. Biarkan ular tersebut membelit badan anda untuk merasa pengalaman dibelit kuat oleh ular. Saya bersama bapa mertua yang bercitarasa sama seperti saya di dalam arena pementasan ular ini Pada 22/8/20, dalam lingkungan jam 7 pagi, kedengaran kicauan burung yang pelbagai di kawasan hutan tepi rumah. Kicauan tersebut menarik minat saya selaku mat curut, lalu saya masuk ke dalam hutan untuk menjejak bunyi burung-burung tersebut. Setelah tiba di kawasan tersebut, mat curut agak pelik kerana bunyi itu seolah-olah ditujukan pada satu kawasan. Kicauan burung merbah dan murai hitam diselangi bunyi tupai sepe...
Image
Cengkerik memanggil lipan, Tikus mengundang ular... Itulah peribahasa yang sesuai untuk kita supaya tidak lalai dengan kehadiran makhluk lain disekitar kita. Harini, mat curut terlewat sedikit untuk masuk kerja selepas rehat kerana terpaksa menggalas tugas abang bomba. Isteri nampak ular melintas depan bilik, lalu siren kecemasan dibunyikan. Mat curut bersama pasukan penyelamat gigih menjejak ular tersebut yang disyaki bersembunyi disebalik tabir alam malakut. Maka, dengan izin Tuhan, terkuaklah kebatilan, tersingkaplah kebenaran. Tertangkaplah sudah ular senduk hitam ini. Alhamdulillah malaysia masih aman.. -mat curut, 23 julai 2020

Merdeka dari cengkaman Jin dan hantu

Image
'Di dalam medan atau gelanggang perbahasan ilmu, samaada dalam bentuk percakapan, penulisan mahupun perbuatan, tiada masaalah untuk berbahas dengan pelbagai kaedah di dalam menyampaikan sesuatu perkara, termasuk lah dengan nada yang seolah2 mengeji, meninggi diri, bertikam lidah mahupun memuji'. Di luar gelanggang, adab perlulah diutamakan. Perlu menjaga hati, merendah diri, bertolak ansur dan menasihati. Pembaca mungkin akan berbau unsur-unsur riak, ujub mahupun takbur di dalam perbahasan di bawah. tak mengapa, ia hanya berbahas di dalam medan ilmu ini. Di luar perbahasan ini, insyallah saya akan bertawadhuk. Assalamualaikum. sekian berabad lamanya, manusia sering kali berada di dalam ketakutan dengan makhluk jin, hantu atau syaitan. Adakah ketakutan itu disebabkan oleh wajah hantu tersebut yang berlainan dari mana-mana makhluk di alam realiti ini? penampilan hantu yang menakutkan? wajah mengerikan? bertaring? berkuku panjang? i...

Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Assalamualaikum. Salam 1 malaysia. Semoga kita sentiasa selamat daripada virus Wahabi dan virus Covid-19 ini. Bahaya Covid, lebih jauh merbahaya Wahabi sentiasa sucikan Allah daripada segala sesuatu yang baharu Allah wujud tidak bertempat. kerana tempat itu dijadikan dari tiada kepada ada. tempat boleh ditiadakan. trmpat itu makhluk. Bahkan, Allah itu yang menjadikan segala makhluk. samaada makhluk yg berjirim, mahupun tidak berjisim. jangan lupa, selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad  صلى الله على محمد ﷺ 14-April-2020