Thursday, October 30, 2014

cincin perak



31-10-14, harini tempah cincin perak 3 bentuk, saiz 9,11&12 dari zaidi san..
 Satu bentuk rm30.. Harga berpatutan..

Mari bersama2 pakai cincin perak



Tuesday, October 21, 2014

Al-Fatihah kepada Al-marhum Aznan ibni Eshah





~AL-FATIHAH~


Kepada abang saya, 


Al-marhum Aznan ibni Eshah


Telah kembali ke rahmat Allah yang Maha Agung


Pada 19-Oktober-2014
Bersamaan, 24 Zulhijjah 1435 Hijrah


1983-2014


"Semoga Allah merahmati beliau dan semoga Allah memberi syafaat kepada beliau melalui rahmat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW,
Beliau seorang yang peramah, suka menyambung silaturrahaim, selalu menggembirakan kanak-kanak, sangat menghormati ibu bapanya, suka ziarah kaum kerabatnya dan banyak lagi kebaikan yang al-marhum telah sebarkan"


"Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kita akan dikembalikan kepada-Nya"


~Amiin~




Tuesday, October 7, 2014

nasib anak nelayan



Penulis melawat pusat kraftangan nelayan di kampung sungai batu.
sempat juga merakam gambar seorang nelayan perempuan sedang mengait pukat.


Alia sedang menggunakan kemahirannya membuat pukat untuk para nelayan


Penulis sangat simpati kepada beliau.. Kecik2 lagi dah bekerja untuk menampung pendapatan keluarganya



Pukat yang masih belum siap



  1. Penulis ingin menyeru pembaca di luar sana untuk tampil membantu adik alia yang terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasik. Kepada sesiapa yang ingin menderma, boleh lah hubungi nombor ini, 0185760195.






Saturday, October 4, 2014

selamat hari raya aidil adha




Selamat hari raya aidil adha


Selamat menyambut hari curut dan hari raya aidil adha







Dgn ingatan tulus mulus dari: 


Friday, October 3, 2014

luangkan masa bersama gelandangan



3/10/14, Penang- kaum gelandangan? Apa itu? Mereka adalah yang tak punya tempat tinggal.. Hidup bertaburan di kaki lima, bawah jejantas, bawah pokok, atas pokok, celah2 bangunan dan lain2 tempat yang dikira selamat untuk bermalam.

Penulis meluangkan masa bersama gelandangan di sekitar kampung Binjai, penang...
Masyarakat yang tiada rumah, tiada tempat tinggal...
Hidup mereka sehelai sepinggang..
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...

Penulis cuba merasai sendiri pengalaman hidup sebagai masyarakat jalanan..


Mereka menjala sendiri, hasil tangkapan sebagai habuan makan malam nanti



Makan malam mereka hanya ikan belanak bakar



Tiba-tiba, hujan.. Terpaksa berpayung di atas unggun api untuk selamatkan makanan malam mereka yg belum masak sepenuhnya... Kesian

'Goldbar 999.99%' yg hampir siap dimasak.
Tebal sungguh kunyit yg dilumur pada ikan belanak tersebut. Ish3....


penulis pon nak rasa kesedapan goldbar 999 yg telah siap dipanggang



Kanak-kanak gelandangan sedang menikmati makan malam bersama2...
Sedihnya cara hidup mereka...



Wak sudah datang.. Penulis cepat2 kena pulang kerana abang kawasan dah datang....


Penulis amat bersyukur kerana masih ada tempat tinggal. Penulis berharap agar pihak kerajaan negeri tampil membantu dan membela nasib kanak-kanak gelandangan ini... 


Terima kasih kepada kru-kru yang terlibat semasa pembikinan dokumentari bertajuk "luangkan masa bersama gelandangan".