Monday, September 8, 2014

kiyai umar berkawan dengan ular



Parit Amarikan, Perak- seorang nelayan dan pekebun sawet, hanya mahu dikenali sebagai Pak Kiyai Umar, telah lama berkecimpung dalam lembah berkawan dengan ular.

Hobi Pak Kiyai bermula semasa dia berumur 15 tahun. Keadaan rumahnya yg dikelilingi ladang sawet tempat yg sesuai bagi habitat ular senduk. Ular pertama yang dia tangkap adalah ular sawa burung yg tak berbisa di sekolahnya asrama.

Kemudian, pak kiyai mula berjinak dengan menangkap ular yang berbisa pula seperti ular punti dan ular senduk. Sepanjang hidupnya, hampir lebih 15 ekor ular senduk alhamdulillah berjaya ditangkapnya di sekitar rumahnya berbekalkn kemahiran menundukkan ular yang diilhamkan kpdnya.

Ditanya tentang pengalaman mencemaskan sepanjang hobinya ini, pak kiyai berkata. Semasa berumur 17, pak kiyai telah menangkap dan membunuh seekor ular senduk yg tidak bertanda di blkg ular trsebut. Setelah ular trsebut mati, pak kiyai melapah ular senduk tersbut untuk mengambil kulitnya. Setelah beberapa ketika, pak kiyai terasa seram sejuk di belakangnya seolah2 kedua dadanya hendak kembang seperti kembangnya si tedung. Hal ini membuatkn pak kiyai seperti tak ketahuan, mulutnya menjelir2kn lidah seperti si tedung mencari air. Melihat keadaan pak kiyai yg semakin pelik, ibu pak kiyai, Kak Siah, menyapukan minyak celak di badan pak kiyai. Alhamdulillah, pak kiyai perlahan-lahan kembali seperti asal.

Menurut pak kiyai, kejadian itu telah menginsafknnya drpd membunuh ular lagi. Sejak dari insiden itu, setiap ular yg pak kiyai tangkap, ular itu akan dilepaskan di kawasan yg jauh dari penduduk kampungnya.

Ditanya pengalaman mencuit hati, pak kiyai pernah menangkap ular sawa sepanjang 10meter di dalan reban jirannya. Sebelum bomba datang, pak kiyai kalut tangkap sawa tersebut dahulu bersama abangnya. Setelah tangkap, pak kiyai terus mengusung ular besar tersebut lalu pergi menyakat bapa pak kiyai. Bapa pak kiyai sedang leka membuat bubu, setelah menoleh ke belakang, terlompat terkejutlah bapa pak kiyai yg bernama Pak Mud.. Pak kiyai umar geli hati melihat gelagat bapanya yg terkejut ketakutan dengan ular yg ditanggung pak kiyai umar di bahunya..

Ditanya tentang nasihat pak kiyai umar kpd pembaca, petua utama di dalam menundukkan binatang berbisa adalah supaya jangan sesekali riyak atau ujub di dalam hati semasa memegang dan menangkap. Yang kedua, seeloknya, bergurulah kerana setiap kemahiran itu datang secara ilham dan berguru...
Wassalam. Semua ilmu itu datang dari Allah.....


Pak kiyai Umar bersama ular terbaru, 2014. Beliau enggan menunjukkn wajahnya kerana beliau ingin berimej Yakuza semasa penulis menemuramah beliau.


Pak kiyai buat pose macho.
Pak kiyai menunjukkan teknik meredakan ketegangan seekor ular yg dipegang.


Kenangan pak kiyai bersama ular sawa pada tahun 2006




No comments:

Post a Comment