Assalamualaikum warga Blog Curut. dah lama tak
update.
ALHAMDULILLAH, Mat curut baru menghirup nafas lega
setelah berbulan-bulan dizahirkan akan dugaan.
Tujuan sy menulis sedikit pengalaman ini supaya
dapat membantu sedikit sebanyak ibu bapa yang mengalami PPROM. Semasa sy sedang
menghadapinya, sy buntu dan tak ada panduan untuk mengetahui, mengharungi dan
membuat keputusan untuk hari² yg mendatang sepanjang kehamilan siti sy yg kena
PPROM. Sy harap, dgn secebis pengalaman yg x seberapa ini, dpt membantu ibu
bapa yg senasib dgn kami. Segala istilah² dalam ini adalah dari pengalaman sy
sendiri. Sy mohon maaf jika istilah akan datang menyalahi istilah yg digunakan
dalam perubatan dan sebagainya. Kerana sy bukan ahli dlm bidang perubatan, cuma
sy cerita pengalaman sahaja.
Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam yang
sentiasa menzahirkan akan segala kehendakNya yang telah ditakdirkan sejak tiada
mula. Alhamdulillah, setelah berlalunya bulan-bulan kegelisahan buat kami, kini
insyaallah sudah mampu menarik nafas lega. Harini, mahmud baru sahaja disahkan
bebas jaundis.
Kembali mengimbau kenangan terharu bersama isteri
saya, Siti yang secara tiba-tiba 'turun air ketuban' pada minggu ke 24. Malam tu dalam jam 11pm, 1 julai 2017, sabtu
7 syawal, setelah siti penat mengemas barang (petang tu ada makan2 keluarga
sikit kt rumah), dan dia berbaring. Tiba², dia rasa tak selesa pada perut, dan
air keluar secara 'sepam-sepam'. Mulanya, Kami tak pasti ya air ketuban atau
air kencing. Sy merasa sedikit dgn lidah utk pastikan samaada ianya air kencing
masin. Tapi, sebaliknya. Rasanya tawar dan tak hancing.
Sy jadi gelabah dan terus call mak mertua tanya
pendapat. Dengan pantas, terus bawa siti ke hospital. Tiba di wad bersalin, sy
menunggu dengan penuh debaran. Bemacam² persoalan dan kerisauan dalam hati. Itu
kandungan anak sulong sy. Dan, sy jadi kesian kt baby dn dengan penuh harapan
agar anak itu selamat. Melihat air muka siti dgn penuh rasa kesian. Sy jadi
sebak dalam hati. Nk menagis pun tak keluar air mata takut siti jadi lemah.
Bila selesai doktor diagnosis siti, depa bagitau yg air keluar tu memang
disahkan air ketuban dan tiada berbaki dah dalam rahim siti saya. Bermakna, air
ketuban adalah kosong dan baby dalam perut tanpa bendalir amnion. Lagi lah sayu
hati. Kesian kt baby tu.. mesti dia tengah rasa sempit, tertekan dan macam²
lagi saya kesian. Siti ditahan mengikut prosedur PPROM iaitu doktor akan pantau
selama 10 hari di wad. Kebiasaannya, setelah 10 hari, doktor akan sarankan
supaya baby di'induce' keluar walaupn berusia 6 bulan dalam kandungan kerana
faktor:
1.kesihatan ibu. Jika punca pecah ketuban adalah
disebabkan jangkitan kuman pada baby melalui vagina atau ada jangkitan GBS,
kemungkinan akan masuk melalui salur darah ibu. Kuman mungkin akan merebak ke
otak ibu. Untuk elakkan ini, dktor akan melakukan prosedur induce.
2.ibu demam, suhu badan naik oleh kerana jangkitan
dalam darah. Dktr akan lakukan plan check darah. Jika bacaan darah putih tinggi
dan konsisten (bacaan tak turun), dktr akan decide itu adalah jangkitan dan
risiko kepada ibu. Prosedur induce akan dijalankan jika keadaan makin teruk.
3. Ada contraction atau pengecutan Rahim dan ada
tanda-tanda kelahiran seperti turun darah. Setiap hari dktr akan bertanya
soalan yg sama, samaada ada rasa sakit perut tak, atau perut mengeras dengan
kerap. Jika ini berlaku, kemungkinan baby nak keluar awal dan doktor akan bantu
samaada pemantauan kerap atau induce.
Setelah mendengar nasihat dktr pakar neonatal.
"Isteri encik pecah ketuban awal, jika pecah pada usia kandungan 28 minggu
atau 7 bulan, baby dah cukup sifat. Dktr akan induce dan seterusnya, baby boleh
survive dengan alat bantuan sokongan hidup di hospital wad neonatal. Tapi,
kandungan isteri encik berusia 24 minggu atau 6 bulan. Peparu baby masih tak
matang dan tiada alat bantuan yang boleh membantu baby untuk survive. Tambahan
pula, banyak anggota badan baby tak cukup sifat, seperti jari masih tak
terbuka, mata, dan deria yang lain masih tak full develop. Kami akan pantau
selama 10 hari di wad dan kemungkinan kandungan isteri encik akan di induce
keluar. Setelah baby keluar, kita (pihak dktr) tak akan tolong baby dan baby
akan diletakkan di dada ibunya sehingga 'habis'.
Tersentak sy dengar penjelasan pakar tu. Timbul
simpati teramat kat baby. Nak cakap macam mana pn tak tau. Susah nak habaq.
Baby pon nk hidup. Dia dah ada nyawa kat dalam tu. Kalau dktr induce keluar,
kesian la kt dia. Dan sy kesian kt siti, kami sama² berharap dapat zuriat awal,
excited teramat bila hari pertama disahkan hamil. Muka siti nampak dia memang
nak sangat anak dlm perut tu selamat. Kerisauan bertambah, terkenang, bulan
lepas kak sy pon jd kes yg sama. Anak dia 6 bulan tumpah darah, pastu bersalin
awal. Anak dia meninggal beberapa minit selepas dilahirkan.
Kemudian, malam tu juga siti masuk wad. Sy balik
rumah. Saya tafakkur sat nak betulkn hati. Apa yg berlaku ini adalah soal hidup
atau sebaliknya akan baby dlm kandungan dan soal keselamatan bini sy. Setiap
yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Pokoknya, hati kita ja samaada nak
hadap takdir tu macam mana. Sy mula google segala macam perkara yg berkaitan
dgn pprom dan prom ni. Artikel dlm tenet tak banyak memberi panduan
keseluruhan. Kerana, kes begini tak selalu berlaku dan kebanyakan kes yg sudah
berlaku adalah berakhir dgn negatif. Ada juga satu dua kes yg baby Berjaya
survive sampai lahir tapi tak diceritakan bagaimana prosesnya. Hari pertama di
wad, pagi tu sebelum pi melawat, mertua sy sediakan raga apa semua untuk simpan
barang di wad. Sy bersama ipar, pi cari la segala macam persediaan, bekalan
roti apa smua nk bawak pi wad. Siti ditahan di wad bersalin. Sampai ja, tengok
muka siti sy, dia ceria dan seperti tak ada apa berlaku. Mungkin dia masih
belum tau prosedur sepenuhnya lg. Bila Dr. Pakar datang, dia explain la segala
kemungkinan yg boleh terjadi. Depa tak ada ubat spesifik dan rawatan, hanya ada
prosedur pemantauan sahaja. Kes pprom ni tak ada ubat mcm demam, tak ada
rawatan spesifik mcm pembedahan. Hanya, PEMANTAUAN sehingga 10 hari. Mulanya,
dr. cakap nanti lepas 10 hari, depa akan induce anak keluar kalau keadaan baby
masih sama (air ketuban tetap kering).
Prosedur (Plan) minggu pertama adalah, darah diambil
2 hari sekali utk cek hb dan wbc (mungkin white blood count). Dan scan perut
cek air ketuban setiap hari khamis. Tiap² 4 jam, misi mai check tekanan darah,
cek jantung baby guna ultrasound tu, cek suhu badan dan siti sy kena pakai pad
untuk tgk leaking. Pad tu, kena tunjuk kt misi bila pi tukar. Nurse rekod kn
kuantiti air ketuban yg sentiasa leaking tu. Jangan malu tunjuk pad. Ni soal
keselamatan ibu dan baby dalam kandungan! Ada katil sebelah kes sama, tapi malu
nak tunjuk pad kt misi. Tiap² hari, dr. akan tanya soalan yg sama, perut ada
mengeras? Kalau mengeras, brapa kali dlm seminit? Ada darah x kt pad? Berapa
banyak kuantiti air kt pad harini? Ada demam tak? Dan dr. tengok keputusan
darah. Dr. akan pegang perut. Sepanjang 10 hari pertama, kebanyakan dr
jangkakan negatif terhadap kehamilan siti sy. Depa jangka, lepas 10 hari pasti
kandungan kena induce. Sy rasa mungkin rekod kes ni ky hsptl tu sebelum ni
adalah negatif. Cara dr bg penjelasan lebih bias kepada sinis walaupn cakap
mereka berlapik. Sy sentiasa menasihatkn isteri dan diri sendiri supaya bermuka
manis bila berhadapan dgn dktr atau misi sbb depa dok tlg kita. Dktr sntiasa
buat yg terbaik. Walupun pada zahirnya, kita rasa macam sebaliknya.
Keputusan ujian darah minggu pertama ni agak
negatif, wbc 12.5. bacaan ni tinggi dan agak berbahaya kpd ibu. Pakar bgtau,
depa suspek dlm kandungan ada kuman, dan kuman boleh merebak ke otak ibu.
Risiko kematian. Dr akan induce baby secepat mungkin untuk selamatkn ibu kalau
bacaan wbc makin naik. Tersentap hati kami dengar macam tu. Waktu tu, sy
bertambah risau dan hilang punca. Kes ni, xda ubat untuk sebab penyembuhan ibu
dan anak. Tak ada jalan untuk selamatkn baby buat masa ni. Dr pn hanya pantau sahaja.
Sebarang komplikasi yg bakal berlaku, seolah-olah negative hasilnya nanti. Sy
tak nampak lain dah, sebaik² penolong hakiki adalah allah. Dan allah menjadikan
sebab di dunia ni. Dan sebab penolong yang agung adalah Rasulullah! Siti
diberikan antibiotik pada dos tinggi untuk turunkan bacaan wbc. Sy kesian kt
siti. Tiap² 6 jam kena cucuk ubat kuat. Tengok dia jd kuat lena. Xleh nak kata
apa. Ni utk kebaikan dia ngn baby. Sy bg semangat ja. Permulaan masuk wad, dia
disuntik steroid kot, cucuk kt bontot. Harini cucuk kiri, esok cucuk kanan. Dr
kata tu cucuk untuk matangkan paru-paru baby. Cucuk steroid tu 2 kali tu ja.
Sepanjang 10 hari tu jugak, tiap² malam sy
bermunajat mintak tolong kt rasulullah. Sapa yg wahabi, dia sangat anti dengan
ni. Menangis tu tok sah kata la. Sy selawat 1000 hampir tiap malam. Mintak doa
sungguh², seru nama rasulullah. Tolonglah aku ya rasulullah. Aku buntu.
Sekarang ni dr. pun tak boleh tolong hamba. Ubat apa pun xleh tolong. Dah tak
ada sebab dh untuk menyelamatkan anak hamba. Hamba nampak rasulullah ja yang
boleh tolong. Sy tak berani nak seru tuhan direct, tak mau pertolongan datang
tanpa berasbab rasullullah. Tak ada adab namanya. Apa² doa yang tak disebut
selawat, doa takkan terangkat. Sebenarnya, episod ni berlaku sepanjang sy dok
bersuluk. Memang tuhan nak ajar macam² menda kt kami sekeluarga.
Jikalau ditanya (fardhu taqder), kenapa kenapa
meminta hajat pada makhluk (rasulullah)? Tidakkah namanya syirik jika mohon
pertolongan kepada selain Allah?
Jawapan: Secara hakikatnya, seluruh alam ini Allah
jadikan. Sy tak nafikan, Allah lah tuhan semesta alam, berhak disembah melalui
jalan syariat yg diredhoiNya. Tiada yg ada kuasa menjadikan melainkan Allah.
Api pon tak mampu membakar kertas melainkan dengan qudrat Allah. Api boleh jadi
sejuk kepada Nabi Ibrohim dengan kehendak Allah. Api jadi panas bila terkena
kulit sy, dgn kehendak Allah. Makan sepinggan tak mampu kenyangkan sy jika
Allah tiada berkehendak untuk kenyangkan sy. Boleh saja Allah kenyangkn sy
tanpa makan. Tetapi, sudah lazim (Sunnatullah) di alam ini, tiap2 sesuatu itu,
dijadikan sebab baginya. Anak nak kenyang kena menyusu dari ibunya. Anak 2
tahun seolah2 tiada adab jika terus sondol susu tanpa meminta izin dari ibunya.
Anak 10 tahun Nampak beradab lagi berakhlak jika meminta izin bapanya dahulu
untuk keluar rumah. Nampak beradab dan manja jika isteri memohon pertolongan
dari suaminya untuk membantunya basuh baju. Nampak beradab dan lebih selamat
jika kita memohon bantuan doctor untuk merawat kita sakit. Sungguh beradab dan
dapat berkat bila para alim ulama memohon bantuan guru mereka untuk mendoakan
keselamatan mereka di akhirat nanti. Teramat beradab para sahabat memohon
kepada Rasulullah supaya dapat melangkah kesyurga bersama-sama dengan
Rasulullah.
Boleh saja anak keluar rumah tanpa meminta izin
bapa, tapi dh jadi kurang adab. Permulaan kearah rumah tangga hilang aman
damai. Bapa boleh rasa tercabar, jadi marah2. Anak melawan. Dah jadi kucar
kacir rumah tangga. Jika dibandingkan dengan permulaan adab, minta izin.
Inysaallah perkara ini terhindar jauh dan system rumah tangga aman damai.
Bahkan bertambah berkat, bapa makin sayang anak.
Tambahan adab lagi, ambil faham akan adab antara
bapa dan anak untuk diamalkan sebagai adab kepada Rasulullah.
Sebagai contoh, Nizam ada anak bernama Alia. Anak
bongsu nizam bernama Aqil. Lazimnya, segala duit anaknya bersumberkan abahnya
lah. Nizam bagi duit kat alia. Alia beli coklat dan bagi pada adiknya, Aqil.
Aqil terus berterima kaseh kepada Abahnya, Nizam. Nizam tak tahu apa2 tanya
aqil, siapa bagi coklat tu. Aqil jawab, kakak Alia yg bagi.
Nizam akan rasa lapang dada, puas dan seronok.
Sebab, Aqil tak lupa jasa asal Abah dia walupun nikmat coklat tu datang dari
kakaknya, Alia. Hakikatnya, adalah dari Abah dia. Macam mana Alia nak beli
coklat kalau Abah dia tak bagi duit pada mulanya?
Begitu lah sepatutnya Adab kita dengan Allah. Dan,
Diangkat sebutan Rasulullah pada setiap sebutan Allah. Adab dengan Rasullullah
pon sepatutnya begitu. Buat apa2, ingat pada rasulullah. Dapat nikmat apa2,
berterima kasih pada Rasulullah. Lazim berselawat dan lazim bersyukur pada
Allah. Baru molek adabnya. Dalam hati jazam bahawa Allah lah tuhan yang menciptakan dan mengurniakan segalanya secara hakiki. Dan secara zahir kita, tetap nak libatkan nama Rasulullah juga sebab tak mau luputkan nama rasullullah dalam setiap sebutan kita.
Bukankah awal kejadian adalah Nur muhammad? Makhluk pertama yang Allah jadikan. Tak
dijadikan alam ini jika bukan kerana Muhammad, Rasulullah. Tak dapat nikmat
bernafas jika bukan kerana Muhammad. Berselawatlah! Tanda berterima kaseh dan
bersyukur pada Allah.
Begitu jugalah system cakerawala ini. Rasulullah
sebagai penghulu seluruh makhluk. Sedangkan selawat yang terucap pun akan
dibentangkan kepada baginda, segala amal anak adam akan dibentangkan kepada
baginda juga. Dan, masaalah sy juga sebahagian daripada amal anak adam. Jadi,
molek lah sy mohon terus (bermusyahadah), seolah2 berkomunikasi dengan baginda
nabi, mengadu akan masaalah dan memohon pertolongan baginda. Dalam hati,
beriktikad (jazam kukuh) Allah lah yg berkuasa memberi mudhorat dan manfaat.
Tapi, pada zahir mulut, tetap beradab dengan rasulullah. Seolah2 rasulullah lah
bapa kita dikala anak merengek minta apa2. Apa yg saya mohonkan (amalan)
insyaallah akan dibentangkan kepada baginda Rasulullah.
Supaya, insyaallah apa2 yang berlaku kt bini dan
anak sy nanti, ianya adalah jasa pertolongan dari rasulullah. Terpulang pada
kehendak rasulullah, baik dan sebaliknya insyaallah sy ngn bini terima dgn hati
yg lapang. (dalam hati iktikad dah, apa yg berlaku kt alam semesta ini
hakikatnya dari kehendak Allah, Cuma sebabnya yg sy harapkan supaya Rasulullah
ada terlibat). Seperti penglibatan api di dalam membakar getah. Boleh saja
getah terbakar tanpa api seperti litar pintas. Seperti penglibatan sy menyiram
pokok cabai. Boleh saja pokok cabai tu membesar tanpa sy siram. Dan bila pokok
cabai tu dah berbuah, manislah kenangannya bila kenangkan sy lah dok siram
pokok ni sebelum ni. Nak makan pon rasa suka dan puas hati.
Supaya, bila akhir episode nanti, sy dapat berasa
terhutang budi kepada baginda nabi, dapat rasa kemanisannya bersama nabi. Tak
kisah lah, macam mana pun yang bakal berlaku, bila dah jadikan rasullullah
sebagai pertantara, sy rasa puas hati. Kalau negative, inysallah sy akan lebih
byk menangis ‘disisi’ rasulullah. Kalau positif, sy akan berkongsi kebahagiaan
bersama kekasih pertama sy, Rasulullah.
Berbalik kepada cerita, pada hari kedua di wad,
cerita yang sama.
Status siti: No contraction, soft tender (bahagian
bawah perut lembut), pad tiada darah, tak ada sakit2 tanda nak bersalin, suhu
badan normal. Degup jantung baby atas 130++ (normal nurse kata diantara 120
sehingga 160). Rutin bini saya macam biasa, makan, baring, lena, bangun balik,
bosan, makan, lena sat, bangun kencing berak, tukar pad pi tunjuk kt misi,
lepas tu baring balik. Buat masa ni, sy bgtau siti supaya kurangkn berjalan
sebab tak nak bagi baby terbersalin. Sy kerja normal shift, lepas balik pkui
5pm, sy terus ke hospital. Pelawat tak boleh teman pesakit sampai malam sebab
wad bersalin kn ada baby, jadi prosedurnya pelawat tak boleh teman pesakit.
Petang tu, sy dok google la macam2 petua untuk
pulihkan ketuban. Ada shaklee la macam2. Sy beli bioenzime dari cosway. Kot2
boleh repair balik kantung ketuban. Sy bg siti minum dalam 2x. Esoknya, dr buat
repeat check darah. Bacaan darah dia naik sikit. Terus sy xbg minum dah
bioenzime tu. Ingat na, tak payah bagi minum jamu atau supplement ni. Bagi kes
bini sy, kantung ketuban dah bocor dan tak boleh bertangkup balik. Hanya tunggu
ja apa yang nak jadi akan datang. Samaada, keadaan makin elok dan baby selamat
atau pun sebaliknya. Tapi, naluri nak selamatkn anak bini tu masih menebal. Sy
usaha lagi google macam2 site supaya dapat jumpa dengan ubat/ herba yang boleh
pulihkan kantung ketuban. Tapi tak jumpa2.
Hari keempat dan kelima rutin siti mcm biasa. Sat nk
copy balik ayat atas tu, makan, baring, lena, bangun balik, bosan, makan, lena
sat, bangun kencing berak, tukar pad pi tunjuk kt misi, lepas tu baring balik.
Hari khamis iaitu hari ke 7, plan scan air ketuban. Air ketuban ada tambah
sikit balik. Jadi, dktr masih lagi buat pemantauan walupun sikit sahaja air tu
terhasilkan balik melalui air kencing baby.
Bila ada berita baik mcm ni, sy punya bersyukur. Sy
ajak bini berselawat untuk merafakkan kesyukuran. Tiap-tiap kali melawat, sy
akan berselawat kt perut siti. Dan diakhiri dengan doa, bertawassul dengan
rasulullah supaya anak bini diselamatkan. Kami tak kisah nanti apa pon keadaan
anak kami, kami redho. Asalkan, baby diberi kesempatan untuk hidup ja. Laki
pompuan tak kisah. Sempurna anggota atau sebaliknya pon kami tak kisah.
Asalkan, Allah selamatkan baby kami. Kami berharap agar baby dapat hidup kat
dunia ni nanti. Sy juga ada bacakan kitab addurunnafis disamping siti dan
perutnya, untuk amik berkat kitab. Ada baca maulid simtud dhuror juga untuk
amik berkat maulid.
Hari ke sepuluh dah tiba. Dan dktr kembali
berbincang tentang kes siti. Hasil data dari 10 hari pemerhatian, keadaan siti
tak demam pun, bacaan darah WBC pon trend menurun, perut tak mengeras, tak ada
tanda2 bersalin, degupan jantung baby dalam perut normal dan air ketuban makin
bertambah walaupun sedikit. Dktr melanjutkan pemantauan ke atas siti sehingga
bersalin. Ini bermakna, selagi mana siti tak ada komplikasi (samaada demam, WBC
naik, sakit nk bersalin, turun darah), selagi tu kandungan siti dibiarkan
sehingga bersalin.
Alhamdulillah, ini berita baik bila dktr tak buat
prosedur induce seperti dirancang pada awal kemasukan wad. Untuk hal ni, kami
bersyukur sangat. Sy bernazar untuk berselawat 1000x bila baby lahir nanti.
Timbul pulak masaalah kedua, tak kan siti nak lepak dalam wad lama-lama? Dengan
tiada rawatan khusus kat dia, lebih baik siti balik berehat kt rumah ja. Mental
pn tenang bila ibu dia jaga siti. Tambahan pulak, keluarga siti pada awalnya semua
mindset sama, iaitu tak suka siti ditahan lama di wad. Seolah2, dktr sengaja
nak tahan lama2 tanpa sebab.
Sy roger abang sulong sy, cikgu nizam. Dia ni la yg
tolong uruskan perkahwinan kami. Dia berpengalaman luas dan pengetahuan luar
biasa. Dan sifatnya lebih mesra alam dan minda matang dan terbuka. Dia datang
melawat dari ipoh. Bila sampai, dia menasihatkan supaya ikut ja nasihat dktr.
Duduk ja kt wad. Bini ckgu nizam, kak zura cikgu jgk. Pon ada sifat lebih
kurang mcm suami dia. Depa cerita masa kakzura masuk wad bersalin dulu pon, ada
sorg pmpn dh dok wad bersalin 3 bulan sebab kencing manis. Dktr pantau
kehamilan dia. So, untuk kes siti ni, tak ada masalah pon kalau dok wad lama2.
Jangkaan mungkin 3 bulan kena duduk wad sebab sekarang kandungan siti baru
berusia 24 minggu atau 6 bulan.
Kehadiran dan nasihat ckgu nizam ni seperti rahmat
buat kami laki bini. Cara dia nasihat tu, memang nampak ikhlas. Bini sy kembali
bersemangat dan sy pon sama. Cikgu nizam pesan kt saya, jadual kehidupan hang
lani kena ubah sikit ja. Sebelum ni, hang balik kerja, terus ke rumah. Ada bini
tunggu rumah. Hari2 hang mcm tu. Tapi, sekarang, jadual hang kena mai hospital
melawat bini hang. Pastu balik la rumah lena. Esok lepas balik kerja, mai
melawat lagi. Macam tu la jadual hang lani dan hang jangan tertekan. Jadikan tu
satu ketetapan hang untuk masa sekarang dan hang kena raikan jadual baru hang.
Tak lama pon, bekorban dalam keadaan hang pon rasa seronok, bini hang pon tak
rasa stress bila hang enjoy dengan kehidupan sementara macam ni. Bila giliran
ckgu nizam melawat bini sy, dia nasihatkan juga. Sampai sy tengok bini sy
kembali ceria dan bersemangat balik. Hasil dari kata2 hikmah dari dia ngn ckgu
zura. Pada masa yg sama, ckgu nizam sembang santai dengan keluarga ipar sy, dan
depa semua mula terbuka minda dan totally berubah persepsi kepada positif
dengan stay di wad lama-lama. Demi keselamatan siti dan anak dalm kandungannya.
Lepas dari tu, sy ngn siti mula plan untuk hidup
lama di hospital. Sy mula bawa beg besar untuk mudah simpan barang. Sikit2 sy
bawak segala macam barang untuk siti. Termasuk lah sebotol kicap, sambal bilis
sebalang, sikat, dan lain-lain. Wad bersalin tu dah jadi macam rumah kedua siti
dah. Tiap2 hari saya mai melawat. Kalau time kerja, sy akan mai pukul 5 sampai
nak magrib baru sy balik umah. Kalau rindu, sy akan mai masa waktu rehat
sekali, pkui 1 sampai pkui 2pm. Lepas tu masuk kerja balik. Balik kerja, pi
hospital pulak untuk sesi melawat petang. Jarak tempat kerja dalam 9km. tapi
tak pa, sy dh mula enjoy dan terima seadanya kehidupan macam tu. Berpenat
takpa, asalkan dapat luangkan masa bersama bini dan anak dalam kandungan.
Sy kerap masak dan bawak mai hspital makan sama-sama ngn bini.
kdg2, beli kt luar sebungkus, bg siti makan. sy pulak, mkn makanan hsptl dia tu. siti kadang2 jemu sikit mkn petang kt wad. sy tukang perabih.
Plan dktr kt siti sama ja setiap minggu. Dktr akan
revise balik plan rawatan by week. Tiap isnin, pakar dan dktr2 akan mai dan
komen la sesama depa kt tepi katil siti. Dan plan yg sama ja depa buat. Ujian
darah 2 kali seminggu, scan air ketuban dan scan berat baby tiap hari khamis,
kalau WBC naik depa bagi antibiotik. Tiap2 hari melawat, bila ada komen positif
dr dktr, sy bersyukur sangat macam nak melayang2 kt udara. Terus sy nazar lagi,
tambah lagi 1000 nanti nk selawat bila segalanya dah selesai (anak selamat
dilahirkan).
Tiap hari khamis, lepas scan ada result saiz baby
dan berapa banyak air ketuban dok ada. Dan ada estimated baby weight dalam buku
merah ibu pregnant tu. Berat baby masa mula2 air ketuban turun dalam 630gram.
Dalam wad, ada kak yg beranak baby dia berat sampai 4kg. Dia bagi petua kt bini
sy, supaya minum susu anmum 2x sehari, insyaallah baby cepat besaq dalam perut.
Target kami, nak kena baby bagi cepat besar. In case, kalau ada komplikasi,
baby dilahirkan tu besar sikit dan chance dia nk survive tu tinggi.
Setiap hari, siti akan minum anmum pagi dan petang.
Dengan harapan supaya baby dalam perut membesar dengan cepat. Tiap-tiap hari
siti tengok orang keluar masuk wad, beranak dan balik dengan baby depa. Sedikit
sebanyak, tersentuh juga hati bini saya. Nak buat macam mana, lain orang, lain
jalan hidup depa. Dah ditakdirkan kehidupan siti macam tu. Kena dok wad lama,
dalam keadaan tergantung samaada baby selamat atau sebaliknya. Tertanya-tanya,
menunggu, penuh kerisauan, suram, muram. Ni lah keadaan siti waktu tu. Sy
sebagai suami, memang tersentuh amat bila tengok keadan bini sy. Hanya boleh
bagi semangat dan sokongan penuh kat dia. Dan menaruh harapan tinggi kat
Rasulullah supaya berkenan menolong kami yang seolah-olah dalam kesempitan.
Hari berganti hari, sampai lah sebulan dah kat wad.
Keadaan siti positif, air ketuban memang dok leaking ja. Kadang2, bocor penuh
satu pad hostital bagi tu (full pad). Kadang2, leak sikit ja (quarter pad).
Bergantung pada keadaan baby. Kalau dia bergerak kuat, leak pun banyak juga.
Dktr pesan supaya bila tidur, kaki lapik bantal. Macam nak bagi bertakung la.
Dan, baby pon semakin besar. Bila kandungan dh cecah 28 minggu (7 bulan), siti
mula suruh sy beli barang2 baby sikit-sikit dulu. Sebab kalau bersalin 7 bulan,
baby insyaallah boleh survive dah walaupn akan duduk dalam incubator tu.
Soal warna baju baby, nk beli pinky-pinky ka blue
color? Kami tak tau jantina lagi. Nak tnya dktr masa scan hari khamis tentang
jantina, kami segan. Sebab dktr buat kerja depa nak scan air ketuban, tak kan
lah kami nak kacau kerja dktr dengan nak tnya jantina pulak. So, sy beli la
warna tengah-tengah antara boy ngn girl. Hijau muda dan biru muda dan putih.
Masa ni, bini saya agak terkilan sikit sebab dia tak dapat nak keluar wad
shoping baju baby bersama dia. Tapi xpa lah, sy tenangkan dia.
Kemudian, selang beberapa hari sy kata kt siti,
tengok keadaan siti ni macam nak dapat anak girl ja. Nanti sy beli kelambu baby
warna pink hujung minggu ni ada baby fair. Selang beberapa hari, siti call
terus bagitau kata, ‘abang batalkan hasrat nak beli kelambu pink tu na…’ sy x
dapat tangkap lagi maksud dia. Rupa-rupanya, dktr murah hati masa scan tu, dia
scan tengok jantina. Nampak LOCENG rupanya. Bakal dapat baby Boy.
Tapi, saya tak berapa excited. Sebab jangkaan ni
selalunya bukan betul sangat. Mungkin image loceng tu mungkin jari baby kot.
Lagi pulak, kami laki bini harapkan baby selamat ja. tak kisah dah jantina mcm
mana pun. Lagi pulak, result scan semua positif. Scan perederaan darah uri pon
normal dan sehat. Sy bersyukur atas setiap berita baik yang dktr bagitau dan
tiap-tiap kali bersyukur, sy nazar nak tambah selawat 1000 kali.
Sampai lah, jumlah selawat yang bakal dibayar nanti,
berjumah 30,000 kali untuk 30 hari. Dan tambahan 5000 untuk apa entah sy lupa
atas sebab apa. Nanti dah selamat semua, insyaallah sy akan bayar. Dan
sekarang, sy tengah bayar. Mudah-mudahan, Allah bagi sy taufik untuk
melaksanakannya.
Lepas sebulan di wad, pakar dan dktr revise balik
plan depa. Bila akan diinduce? Mula-mula, pakar plan 34 minggu kehamilan jika
tiada komplikasi sepanjang kehamilan. Begitu lah untuk bulan kelapan, iaitu
kehamilan 32 minggu dah tiba. Siti suruh saya beli pampers newborn pulak. Dan,
keadaan siti rutin yang sama. Air ketuban makin banyak. Lingkungan bacaan 4.
Dan masa ni, leaking makin slow sebab kepala baby makin besar kot. Dia tutup
lubang bocor tu agaknya. Tapi, kadang2, leak banyak juga. Unpredictable.
Sepanjang bulan kelapan tu, ada sorang dktr pompuan
melayu, mai cerita kat bini sy, nanti kalau baby lahir mungkin dia tak
sempurna. Tangan mungkin bercantum jari jemarinya. Hmmm… dktr tu macam tak
patut la. Sepatutnya, jangan cerita direct kebarangkalian yang belum pasti.
Dktr cina bukan islam pon pandai jaga adab hati. Sy pesan kt siti, kalau tak
sempurna pn, tak mengapa. Insyaallah kita terima, asalkan baby selamat boleh
teruskan hidup tu pn dah besar rahmat buat kita.
Hari makin hari, siti makin sarat. Perut siti pun
dah nampak ketara besar. Rutin harian tetap sy buat. Mai melawat, baca selawat
dan tiup kt perut. Doa yang baik2. Antara doa yg ada, ‘ya allah, dengan berkat
Rasulullah, dengan berkat Habib mustofa abdullah al-aydarus cucu kepada
Rasulullah yg aku telah bertemu dengannya, memeluknya, dan dia melihat aku, dan
dia telah bertemu dengan gurunya, guru-gurunya telah bertemu dengan guru mereka
sehingga sampai kepada Rasulullah, maka, dengan berkat pertalian suci ini,
tangguhkan lah kelahiran anak ku ini kepada waktu yang sepatutnya..’…
Tak lama lepas tu, dktr ubah plan induce, insyaallah
depa nak induce pada minggu ke 36 iaitu 9 bulan. Sempadan antara kelahiran
matang dan tak matang. Sy ubah doa sikit, ‘ya allah, dengan berkat Rasulullah,
dengan berkat Habib mustofa abdullah al-aydarus cucu kepada Rasulullah yg aku
telah bertemu dengannya, memeluknya, dan dia melihat aku, dan dia telah bertemu
dengan gurunya, guru-gurunya telah bertemu dengan guru mereka sehingga sampai
kepada Rasulullah, maka, dengan berkat pertalian suci ini, tangguhkan lah
kelahiran anak ku ini kepada minggu ke 36..’…
Masa tu, mertua saya bagi air akar fatimah (air
selusuh) untuk mudah bersalin. Dia pesan suruh siti minum, tapi sy tangguhkan dulu sebab, sepanjang siti kat wad, banyak kes dia tengok
orang minum air selusuh sebelum pintu rahim terbuka. Jadi masaalah balik. Lepas
minum air selusuh, sakit nak bersalin tu ada. Rahim mengecut push nak beranak
tapi pintu rahim tak terbukak lagi. Risikonya, baby boleh stress dalam rahim
dan kalau jantung baby slow, dktor akan buat ceaser lah. So, jangan memain
dengan air selusuh apa jenis sekalipun. Kalau nak minum, tunggu pintu rahim dah
terbukak pada bacaan 7 ke atas. Bukaan ni, nanti dktr selup tangan sukat. Kita
tak tau.
Sy dh stanby awai-awai air bacaan selawat sepanjang
kt wad. Tiap kali selawat 1000 sebelum-sebelum ni, sy tiup kt air dan bg siti
minum untuk berkat. Seminggu sebelum minggu ke 36, sy dapat ilham satu ayat
quran (ayat hakikat tantang kelahiran manusia). 3 kali ilham mai. Mula-mula, sy
teringat dalam solat, dulu pernah dengar ayat hakikat tu masa mengaji kitab
addurunnafis. Dan, sy suka ulang-ulang dengar rakaman pengajian tu, kena pulak
tajuk tu lepas ilham pertama tu. Dan last sekali, sy bukak alquran, sekali
bukak tepat pada muka surat yang ada ayat tu.
Sy hafal dan baca tiup kat ari-ari (lokasi pintu
rahim) siti. Sambil selawat, doa, baca ayat tu sy tiup. Baca kt air, bg siti
minum. Doa semoga boleh beranak normal dan dibukakan pintu rahim pada hari yang dijanjikan dktr. Dan, siti
nampak makin ceria untuk menerima kehadiran anaknya yang amat menyentuh hati
akan nasib tu. Hari akan diinduce nanti, dktr akan masukan ubat macam panadol
tu kedalam vagina. Dan, risiko ubat tu tinggi dan baby boleh stress. Bila buh
ubat tu, rahim akan mengecut dan sakit yang amat (boleh tanya kat ibu-ibu yang
pernah kena induce). Banyak kes kt situ sepanjang siti kat wad, induce buh ubat
tak berjaya bukak pintu rahim. Ada yg terus emergency dan kena ceaser lah.
Tiba hari dijanjikan, khamis, 14 september 2017
genap kandungan siti 36 minggu. bacaan akhir air ketuban 5.2, estimate baby
size dktr kata normal. estimate berat dalam 1.6kg. Alhamdulillah. berita baik
ni, sy tambah nazar selawat. Sy tak bagi siti minum air akar fatimah tu lagi. kalau nak bagi pon, tunggu dktr bagitau dulu yang pintu rahim dah bukak 8cm ke atas. Buat masa ni, sebelum buh ubat induce, sy bg siti minum air selawat ja dgn jampi sikit guna ayat quran yang sy dapat ilham tu.
Pukui 4 pagi tu, siti call sy kt rumah, cakap dia
rasa sakit sikit kat bahagian bawah rahim dia. Siti pesan mai melawat harini
bawakkan nasik lemak pokok buluh di batu maung. Pukul 7 lebih, dktr mai nak
selup kali pertama nk check bukaan sebelum nak buh ubat induce. Tiba-tiba, dktr
terkejut, pintu rahim siti dah terbukak 4cm. so, dktr tak payah buh ubat induce
la. Terus siti dimasukkan ke labor room. Sy sampai tengah hari tu pon terkejut.
Tak sempat siti makan nasik lemak dia order.
Sy tunggu kt luar wad penuh debaran. Siti masuk
pukui 7 sampai pukui 12 lebih baru bersalin. Mak gad dan cleaner dok keluar
bagi laporan kt sy setiap kali ada baby nagis. Aunty cleaner bagitau, isteri
you belum lagi. Siti dengan semua staff situ dah rapat sebab dh 2 bulan lebih
kat sana kn. Kenai abeh. Suami siti pon misi2, dktr kenai. Muka yang sama hari2
mai melawat selama 2 bulan. Aunty cleaner keluar masuk labor room utuk cuci
lantai. Nak dekat pukui 1, aunty keluar bagitau dah lahir. Bini you beranak tak
bising macam orang lain. Baby boy. Sy menangis bersyukur.
2 jam sy tunggu, misi keluar bagi borang. Ada tulis
‘Risk for sepsis’. Sy google cepat2, dan maknanya baby risiko untuk hadap organ
tak sempurna. Sy jadi berdebar dan pujuk hati supaya lebih redho. Tak lama
lepas tu, baby keluar dalam icubator. Depa lap-lap ja tak mandikan. Nampak muka
baby agak comot sikit. Kali pertama sy tengok anak sendiri. Sayu hati tengok
dia. Sy iring baby ke wad neonatal. Berat baby 2.2kg masa dilahirkan.
Sampai kt sana, misi suruh tunggu kt luar. Tunggu
pakar check baby dlu. Sy terus call abang nizam bagitau berita baik. Sy pi kt
siti balik, tenangkan dia. Tak lama lepas tu, masa melawat pukui 5, sy pi
melawat baby kt wad neonatal. Sy jumpa baby, terus panggil ‘assalamualaikum
Mahmud anak abah’… (Mahmud tu nama arwah bapak sy, memang niat nak namakan macam
tu kalau kami dapat anak laki). Dia tersadai sorang kat ujung wad dalam tray
tu. Sian dia. Sy mintak kebenaran nursa nak azan. Sy cakap, sy tak reti pegang
baby, tolong angkat dan buh kat tangan sy jap. Sy anak bongsu, tak ada adik. tak ada pengalaman jaga baby kecik. Misi tolong angkat dan buh kat dakapan sy, dan sy azankan
mahmud. Lepas selesai, sy letak balik dan tanya apa status mahmud. Misi
bagitau, pakar neonatal tak tengok lagi. Sy naik balik kat wad bersalin,
bagitau status mahmud kt siti. Dia senyum dan banjir juga air mata dia.
Malam tu, mahmud sorang tanpa mama dia. Sy susah hati la, ibu dan anak tak jumpa
lagi. Esok tengah hari waktu melawat, sy tengok mahmud dulu. Dia tersadai kt
penjuru sorg2 dan dia minum susu dalam straw. Nak tergelak tengok. Sy tengok,
telinga kiri dia macam kepek sikit. Dalam hati kata, tak apa. Tak sempurna pon
tak apa, sy redho. Dah selamat macam ni pon dah besar rahmat buat kami. Sy curi
amik gambar. Lepas tu, pi jumpa siti tunjuk gambar. Tak lama lepas tu, sy
surung siti mai wad baby untuk jumpa anak dia.
Lepas siti jumpa anaknya, sy paling rasa lega. Anak
yang hilang ibu, dah bertemu ibunya. Macam rasa tengok anak kucing hilang ibu
yang kelaparan, akhirnya bertemu ibu dia dan menyusu balik. Siti menyusukan
mahmud. Hampir 12 jam terpisah sejak kelahiran. Mulanya, agak sukar mahmud nk
isap nenen. Tapi lama2 mau jugak. Petang tu, dktr baby bagitau yang baby sehat,
normal, dan kalau tak ada jaundis (kuning), boleh keluar wad. Ya Allah,
syukurnya tak tau nak habaq macam mana. Yang telinga kepek tu sebanarnya kesan
mahmud mengiring ke kiri lama. Sebenarnya, mahmud sempurna fizikalnya.
Alhamdulillah…
Habes cerita. Akhir kalam, kepada ibu yang kena
PPROM kt luar sana, semoga cerita ini dapat sedikit sebanyak membantu anda.
kalau nak tanya lanjut, boleh contact sy direct faiz.omaq@gmail.com
Ku tinggikan terimakasih yang tak berbelah bagi
kepada Rasulullah. Bila berterima kaseh kat rasulullah, maknanya, lazim
bersyukur kat Allah.
Kini, bila sy dukung mahmud, sy akan bagi salam kat
nabi. seolah-olah, kami sekeluarga bermusyahadahkan Rasulullah.
Bila sy selawat, mahmud seolah-olah senyap tanda
hormat kat Rasulullah. Kami sekeluarga akan kenang episode ni, ulang-ulang
cerita ni supaya kami tak lupa jasa Rasulullah kat kami. supaya, kami sentiasa
bersyukur.
yang benar,
-Mohamad Faiz Omar, abah kepada Mahmud, anak kepada
Haji Mahmud
12 Oktober 2017