Dahulu kala, ada seorang Petapa, namanya Taming Sari. Beliau
sedang bertapa di dalam sebuah gua di kerajaan Majapahit untuk tempoh 40 hari. Pada
hari ke-49, datang seruan dari Raja Majapahit, memanggil Taming Sari untuk
beradu kekuatan bersama seorang Laksamana di kerajaan Melaka. Oleh kerana
tinggal sehari sahaja lagi tempoh pertapaannya untuk lengkap menjadi 40 hari,
Taming sari amat kecewa namum titah raja perlu dijunjungnya.
Sepanjang perjalanan, beliau sempat menangkap seekor ular
lalu menyepuhnya. Bertukarlah ular tersebut menjadi sebilah keris. Disisipnya
keris itu ke pinggangnya sebagai senjata yang akan digunakan di dalam
perlawanan di hadapan para sultan nanti.
Setelah tiba di Istana kerajaan
Melaka, Taming Sari merafak sembah akan ketibaannya di hadapan Rajanya dan
Sultan Melaka.
Sebelum itu, Raja Majapahit sedang dalam lawatan ke kerajaan
Melaka. Di sana, baginda sultan berkenan untuk beradu kekuatan dan kesaktian
pahlawanan terhandal di negeri masing-masing. Maka, dipintalah akan sultan melaka,
sebagai hiburan dahulu kala, perlawanan antara perajurit adalah hiburan
bermaruah. Maka, disebabkan itu lah, Raja Majapahit mengeluarkan titah supaya
didatangkan perajurit negerinya, Si Taming Sari untuk hadir ke Melaka untuk
beradu kekuatan dengan Laksamana hang Tuah.
Setelah tiba di balai rong seri negeri Melaka, maka
bertikam-tikam lah Taming Sari dengan Laksamana hang Tuah sebagai persembahan
hiburan Raja-raja. Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kehandalannya di medan
perang yang tangkas lagi handal berlawan. Tikaman Taming Sari langsung tidak
mengena pada badan Hang Tuah. Manakala, tikaman Hang Tuah pada Taming Sari,
tidak lut, tidak dapat menembusi badannya.
Setelah berpenat, mereka berehat. Raja pun pulang. Esok
harinya, mereka sambung berlawan lagi di hadapan raja. Perlawanan tersebut
berlangsung selama tiga hari. Pada hari ke tiga, semasa berehat, Hang Tuah
berfikir, jika berterusan begini, tiada siapa yang akan menang, tiada siapa
yang akan kalah. Hang Tuah berfirasat ini adalah kerana hikmat yang terdapat
pada keris yang digunakan oleh Taming sari itu yang membuatkannya tak terkalah.
Lalu, Hang Tuah mendapat ilham lalu berkata, “wahai Paman, selama tiga hari
kita berlawan dan kita sama-sama handal. Apa kata, jika kita gunakan kehandalan
kita ini untuk menjadi Raja dengan tidak menderhakai raja asing-masing. Hamba
bunuh Raja paman, dan Paman bunuh Sultan hamba. Lalu, kita menjadi sultan.”
Taming Sari bersetuju dengan ajakan helah Hang Tuah itu. Maka, sebagai
persetujuan, Hang Tuah meminta supaya mereka bertukar keris. Maka, Taming Sari
menukar keris yang ada padanya kepada Hang Tuah.
Pucuk dicita, ulam mendatang. Hang Tuah mengajak kembali
Taming Sari berlawan setelah bertukar keris. Kehandalan Hang Tuah mengatasi
kelantasan Taming sari berlawan. Maka, tertikamlah Taming Sari dengan keris
miliknya di tangan Hang Tuah. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Taming Sari
bersumpah terhadap kerisnya yang berada di tangan Hang Tuah “ siapa yang
mengaku ini kerisnya, maka dia tidak akan selamat!”.
Selepas tamat perlawanan, Raja Majapahit mengakui akan
kehandalan Laksamana Kerajaan Melaka. Lalu, Hang Tuah mengembalikan keris milik
Taming sari kepada Sultannya. Sumpahan Taming sari tidak diketahui siapa
melainkan Hang Tuah.
Sepanjang Hang Tuah memegang keris sakti tersebut, beliau
sesekali tidak menisbahkan keris itu miliknya, ini keris Taming Sari, bukan
keris ku. Akan tetapi, semasa amukan Hang Jebat, beliau mengakui keris sakti
itu adalah miliknya, maka dia terkena sumpahan Taming sari, dia tidak akan selamat!.
Terkorban lah Hang Jebat.
Sumber : Arkib Negara
~Majulah Curut untuk Negara~