Artikel ini saya copy-pasta dari blog seseorang:
"
Salam... Saya ingin berkongsi pengalaman hidup saya semasa di sekolah menengah tahun 2005. Sy ni dulu seorang yang minat pasai silat2 ni.. Sy juga minat cari kebatinan silat..
Dalam 2,3 hari ni, sy google pasai seni berlian, youtube, sy xjumpa pn penerangan2 pasai seni lian ni.. Semuanya nak berahsia.. Contohnya link ni
Buat pa nak rahsia, nnt mati abes hilang rahsia kalau xcerita...
Semalam sy kemas2 buku2 lama.. Sy terjumpak catatan lama saya...
Ilmu ni sy amik dari seorang guru silat gayong malaysia, namanya Pakcik Zakaria, semasa saya joen tabligh keluar berdakwah di masjid sungai cincin, gombak.. Sy suka bersembang ngn org tua.. Org tua sayang kt saya, mcm2 nak diberinya...
Dlm masa 3 hari sy belajar, dia trus ijazahkan dan suruh balik buat seperti yg disuruh dlm catatan.. Buat masa bulan mengambang malam dgn bacaan tertentu..
Gerakan seni berlian dlm catitan tersebut beserta beberapa bacaan adalah kunci untuk mendapatkan 'Gerak Seni Berlian'...
Dependekkan cerita, seni belian mai.. Tgn sy jd sejuk,, mulut jd ketap2 mcm nk terkam orang.. Last skali sy mengamok abes meja2 kelas berselerak..
Permainannya rendah, mmg sesuai guna bila nk amok, serangannya mengoyak kulit orang, mencarik, mendakap, menerkam, mematah, mencengkam, memijak, memulas..
Permainan seni berlian ni memang sesuai digunakan untuk serangan atau pertahanan terakhir apabila dah tak ada cara lain dah untuk kalahkan musuh.
Persilatan kita akan jadi seperti gerak harimau lapar, garang, ganas, geram tetapi masih waras..
Mujur la sahabat sy dari aliran gayong maarifat datang pulihkan saya malam kejadian..
Sekarang sy dh xmau amalkan. Entah masih berbisa lg entah tidak atau tak pernah berbisa langsung pon boleh jadi.....
Kesimpulannya, patutlah ramai guru silat apabila mereka disoal tentang 'seni berlian', mereka enggan menceritakannya.. Kalau cerita pn, sikit sahaja yg dikongsikan..
Bukan dia nak berahsia, tapi susah nk cerita apa sebenarnya seni berlian ini..
Lagipon, seni berlian ini bukan untuk dipertontonkan kerana dibimbangi akan menjejaskan keselamatan orang sekeliling...
Apa yang sy kongsikan ini pon sy xtahu samaada cerita ini adalah cerita perihal seni berlian atau bukan... Tapi ini lah pengalaman saya apabila diijazahkan ilmu seni berlian daripada seorang guru silat gayong malaysia....
Wassalam...