Monday, September 29, 2014

the final battle (mat curut vs abe Jedi)







Perlawanan akhir antara mat curut dengan abe jedi.
Sangat sengit. Mari kita sama2 saksikannya!










SEDIA!!!



SERANG!!




YG MENANG JADI ABE





credit: komik dragon ballzzz


Sila klik link ini untuk cerita asal






Saturday, September 27, 2014

menjala sambil mencurut

Sabtu, 27-9-14, Sungai Bayan Lepas: Wak curut bersama rakannya, Abe Jedi pergi menjala mencari ikan sungai..

Di samping itu, Wak curut yg merupakan seorang nelayan berhasrat berkongsi skill menjala kepada abe jedi yg merupakan seorang pemanjat pokok kelapa.


Abe Jedi berjaya menguasai teknik menebar jala dengan penuh bergaya



Skill Wak curut tebar jala. Guna skill 4T
1. Tinjau 
2. Tebar
3. Tarik
4. Tanggung



Tiba2 wak tergelincir la pulak..

Oops..!! terjatuh la pulak.
 Trus tak jadi skill 'Tanggung'.. Jd 'Terung' ada la..hihi



Hasil memuaskan. Nampak macam ikan lampam.. Tp ni ikan tebai sisik.




Ikan ubi


Berkelah jap...


Pekena nasik lemak IB (ikan&bilis)


Org Tempatan







Sumber: Majalah Pancing bulan oktober 2014

Sila klik link ini untuk cerita selanjutnya




Saturday, September 20, 2014

sepetang di laut binjai bersama mat curut

20-sept-14, sabtu- kampung binjai, mat curut amik angin di kg binjai.. Seperti biasa, mat curut lepak2 ngn penduduk setempat..

Di muara sungai binjai meriah sekali dengan org kampung berpesta mencari siput, kepah lendir dan siput kemudi.


Hujung belah kanan muara sungai sana depa dok cari siput. side kiri kampung binjai


Hujung belah kiri muara depa pn ada cari jgk. Side sana kampung matang lama


Kat sini bleh tengok kapal terbang landing dgn 'kapal laut' belayar

Ain & Air asia



Kawan mat curut, fatin, niesya ngn paeh


Dok tengok apa tu tak tau laaa

Mat curut terjumpak belut terdampar tepi pantai.
Agaknya belut ni terhanyut dari sungai binjai terus ke laut. Lepas tu dia fenin2  macam kena curut sepam sebab kena air masin. Terdampar kt pantai. Mat curut jumpak, bawak balik nak bela. Hihihi


Mat curut menyimpulkan bahawa kampung binjai masih lagi bersuasana nelayan. Mari la melancong ke kampung ni.


Dot merah tu muara sungai binjai.
Walaupn nama dalam peta nama sungai bayan lepas, tapi mat curut lebih suka guna nama sungai binjai sebab penduduk binjai memonopoli dan majoriti guna muara tu


Sumber: majalah tourism edisi akhir september 2014





Friday, September 19, 2014

pesta kueh bulan


Jumaat, 19/9/14- penulis mendapat kueh bulan dari ofismate, CN. Penulis memang tak makan kueh sangat. Kueh bulan ni pn penulis tak reti nak makan sebab berbau telur. Penulis agak kureng sikit nk mkn product berasaskn telur ni..

Nampak macam sedap. Tapi tak lalu nak makan sebab berbau teloq


CN suruh bagi kat zaidi san ngn rizal san. Tapi Yoshida pulak dok lepak kt meja depa. Kebetulan time pn dh nak balik, penulis bawa balik kueh bulan tu ke rumah..

Tu dia... Pakat berebut.. 

Do Min Joon pandai menghayati kesedapan kueh bulan



Ambui.. Sedap sangat sampai menjilat2







Thursday, September 18, 2014

buah tangan dari Langkawi



Kameh, 18/9/14- Tts, Pagi ni penulis dapat buah tangan dari Langkawi.
"Omar, itu coklat sy bagi ea", kata Ling Ling yg bercuti di Langkawi, sabtu lepas.





Cekelat pepero yg tak tau la sedap ka tak


Balik ja kerja penulis singgah di kg binjai, bg cekelat tu ngn roti kilang bg semalam kt kanak2 ribena.
Depa nampak macam sedap ja makan cekelat tu.






Tuesday, September 16, 2014

wak curut bertemu sedara dari bangladesh



Petang 16 sept 14- Jalan-jalan di tepi pantai, wak curut terjumpa saudara dari bangladesh.
Terus wak selpie ngn bangla trsebut yg bernama Basyar..

Oops! Tak nampak org di sebelah wak ke sebab asap berkepul-kepul?
Okay wak selpie lg tanpa curut.



Muka Wak Curut ada iras2 bangla sikit. Dulu wak pernah ditegur oleh bangla di stesen bus dan bangla tersebut berbahasa bangla ngn wak. Wak cakap wak malaysian tapi bangla tu tak percaya.


Mulut wak jd merah sebab makan sireh mat bangla ni bagi


Wak curut jd pening mabuk2 lepas makan sireh ni.. wak tnya Si Basyar ni kenapa mabuk kaw sangat. Dia bagitau dlm sireh tu bubuh 'tamakur' yg bg mabuk ting-tong skit. Wak balik bukak tengok ingredient sireh Basyar bg ni. Ada Serbuk hitam agaknya tamakur. Wak bau2, calit rasa sikit rupanya tamakur tu bau macam tembakau.. Agaknya mmg tembakau la kot.. Memang makan tembakau jd mabuk..

Kat sireh tu ada serbuk Hitam. Tamakur@serbuk Tembakau la tu



Wak curi tangkap gambar




Sumber: Majalah Tourism edisi september








wak curut ke laut



Sungai Batu, 16 sept- Wak Curut pergi kelaut petang semalam labuhkan 2 jalan pukat di pantai yat-yat. Pagi td karau pukat, Alhamdulillah la dpt sikit rezki.



Ni dia kuda laut


Kuda Laut,
Berekor tanpa berkaki.

Wak curut bersama kru sampan berhasil menangkap ikan senangin, jenahak dan kerapu dengan menggunakan pukat yg dilabuhkn dekat dengan batu-batu.


Tekong bersama kerapu dan senangin


Ajk Sauh&Kerja Berat bersama kerapu


Zakuan-kun sedang pelepas kerapu di pukat

Wak curut pon nak bergambar dgn ikan


Jenahak juga tersangkut


Dot merah tu tapak boh pukat








Sumber: Majalah Pancing edisi September 2014

Sunday, September 14, 2014

Mat Curut berkelah sambil mencurut



 Ahad, Pantai Teluk Senangin- Mat curut menikmati cuti hujung minggu berkelah di tepi laut. Sambil menyelam, sambil menggagau Yat-yat. Sambil berendui, sambil mencurut.
Nyamannya udara laut, nyaman lagi udara curut.


Yat-yat untuk digoreng

Mat curut membesar sebagai anak nelayan. Menurut beliau, hidupnya sudah sebati dengan laut dan kemasinan airnya.
Mat curut amat meminati aktiviti yang berkaitan dengan laut.



Yat-yat hidup di gigi air. Haiwan ini suka bermain ombak.
Goreng sedap makan rangup2, macam lipas goreng


Mat Curut layan blues


Sumber: majalah remaja edisi khas september 2014


Saturday, September 13, 2014

sarapan bersama wahab dan curut


Ahad, 14-9-14:  Selamat Pagi Sg Batu..
mari sarapan roti canai wahab.




Ni dia Pak Wahab ketua kampung Sg Batu.
Penebar roti canai



Seterusnya, tak lupa juga sarapan bersama curut.

Curut berposing


Mari mencurut bersama saya


magic atau silap mata


Perak, 13 sept- seorang ahli silap mata taraf kampung sungai batu ingin membuat persembahan magic.

Bercakap mengenai silap mata, adalah suatu yang mengelirukan. Burung keluar dari topi, arnab bertukar merpati dan banyak lagi.

Sebentar tadi seorang ahli silap mata kampung, Mr. Ramo ingin membuat silap mata mengeluarkan ikan paus dari dalam jug. Tapi tak jadi..



Mr. Ramo memberi isyarat sebelum memulakan aksi yg dipanggil "seru paus di laut"


Magic memancing paus.. Kerana berat sangat, magic tak jadi, paus tak boleh keluar sebab jug kecik sangat.


Di sebalik tabir bersama crew magician



Sumber: davidblaine